Lagi Tentang Pixel 4a – Harga Jualan Yang Lebih Rendah Dari iPhone SE

by Oh! Semput


HOME Posted on 02 Aug 2020 05:00:54



Pada masa ini boleh dikatakan kita telah mengetahui hampir kesemua maklumat mengenai peranti Google yang terbaharu iaitu Pixel 4a. Semalam, kita telah mengetahui tarikh pelancaran rasmi yang diacah oleh Google sendiri.

Hari ini, maklumat lain pula iaitu harga jualan rasmi peranti tersebut. Sebelum ini sudah menjadi bualan bahawa Pixel 4a akan dijual berharga 399 USD di A.S.

Laporan terbaharu kali ini adalah ia akan dipasarkan lebih murah iaitu pada harga permulaan 349 USD. Jika benar, strategi ini agak menarik memandangkan ia adalah lebih murah berbanding harga pelancaran Pixel 3a tahun lepas (399 USD).

-12.2MP (F/1.7) 77° FOV Dual Pixel Phase Detection Camera w/ OIS
-8MP (F/2) 84° FOV Front Camera
-Upto 4K 30FPS, 1080p 120FPS
-Titan M Security Module
-Availability: U.S, UK, Ireland, Germany, Austrailia, Japan, Canada

Thanks again @samsungbloat for providing this info. pic.twitter.com/sfneH53F7C

— Ishan Agarwal (@ishanagarwal24) August 1, 2020

Walau apapun, ia dilihat langkah yang relevan disebabkan iPhone SE, peranti paling popular di negara Uncle Sam itu turut dijual pada harga 399 USD.

Ia juga memperlihatkan muslihat Google untuk berhadapan dengan produk dari Apple tersebut lantaran kedua-dua peranti berada dalam kategori kelas pertengahan yang sama.

Tambahan lagi, harga permulaan tersebut adalah merupakan untuk varian 128GB di mana iPhone SE hanya menawarkan 64GB untuk harga permulaan mereka.

Dikatakan Google hanya akan menjual satu varian 128GB sahaja untuk Pixel 4a. Sementara itu, tiada Pixel 4a versi XL yang lebih berkuasa untuk tahun ini seperti yang diperkatakan sebelum ini.

Spesifikasi peranti kembali diungkapkan semula iaitu cip Snapdragon 730G, RAM 6GB dan bateri 3,140mAh berserta pengecasan pantas 18W.

Paparan peranti adalah 5.81 inci FHD+, bernisbahkan 19.5:9 OLED dan turut menyokong HDR. Antara lainnya adalah paparan turut disokong fungsi Always-On-Display dan juga Now Playing pada Pixel-Pixel sebelumnya.

Sekali lagi Pixel 4a akan menyokong pembesar suara stereo tetapi dalam bentuk menghala ke hadapan dan bawah.

Kamera belakang Pixel 4a sememangnya tunggal, namun ia merupakan sensor dari Pixel 4 dengan saiz 12MP berserta OIS. Fungsi 4K 30fps dan FHD 120fps turut tersedia manakala swafoto pula diletakkan dalam punch-hole dengan sensor 8MP.

Laporan turut menambah akan ada varian Pixel 4a 5G yang berharga 499 USD seiring dengan pelancaran Pixel 5 kelak. Buat masa ini masih belum diketahui spesifikasinya, cuma yang pasti ia akan dijana cip 5G yang lebih berkuasa berbanding Pixel 4a ini.

Melihatkan kepada spesifikasi dan juga harga pelancaran peranti ini, adakah anda mahu menyambarnya jika ada penjual menjualnya di Malaysia kelak?

: Ishan Agarwal

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


loading...