Tentera AS sakit selepas buka sampul surat

by Oh! Semput


HOME Posted on 28 Feb 2018 12:00:18



Kategori Berita Antarabangsa

Tentera AS sakit selepas buka sampul surat

28 FEB: Seramai 11 orang termasuk anggota tentera dilaporkan jatuh sakit selepas membuka satu sampul surat yang mengandungi bahan tidak diketahui di sebuah pangkalan tentera di Amerika Syarikat semalam.

Sampul berkenaan diterima di Joint Base Myer-Henderson Hall, menurut AS Marine Corps, hari ini.

Agensi itu dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa sebagai langkah keselamatan, semua petugas diarahkan mengosongkan bangunan bagi membolehkan Pasukan Unit Bahan Berbahaya (HAZMAT) melakukan pemantauan.

Sementara itu, CNN dalam laporannya berkata tiga anggota tentera mengadu tangan dan muka mereka seperti dibakar.

Pada masa sama, jurucakap tentera, Mejar Brian Block berkata adalah terlalu awal untuk mengaitkan kejadian terbabit sebagai serangan pengganas.

Pangkalan tentera Myer-Henderson Hall atau Fort Myer terletak berhampiran Pentagon.

Share This:

Sila Tularkan Berita ini:

Like Loading...

Share

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...