Tepati ramalan, UBI rangkul juara MLS3 & bawa pulang wang tunai RM150,000

by Oh! Semput


3
SHARES
35
VIEWS
Posted on 24 Sep 2022 01:01:06

Pentas Muzikal Lawak Superstar 3 (MLS3) melabuhkan tirai pada malam ini dengan menobatkan kumpulan UBI sebagai juara dan sekaligus merangkul wang tunai berjumlah RM150,000.

Difahamkan, pada malam ini para bintang diminta untuk melakukan persembahan bertemakan Benua dan Bebas dan masing-masing telah melakukan yang terbaik.

Bagaimanapun, kumpulan UBI yang dianggotai oleh Fad, Sharif dan Namie telah berjaya memukau dan memberikan persembahan mantap di kedua-dua pusingan.

alt

alt

alt

Pada awal sketsa, kumpulan UBI berjaya memperoleh lima bintang daripada juri tetap, Najib Ali. Manakala sketsa kedua pula mereka menerima lima bintang daripada penyanyi lagenda, Datuk Awie.

Sementara itu, kumpulan CILI dinobatkan naib johan dan berjaya membawa pulang wang tunai sebanyak RM75,000. Seterusnya, tempat ketiga menjadi milik BAHROY yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 berserta trofi.

Bagi kumpulan OOD pula terpaksa akur mendapat tempat keempat dan membawa wang tunai berjumlah RM25,000.

Selain itu, bintang Shiha Zikir merangkul anugerah Supertar Paling Gempak pada tahun ini

alt

Pentas akhir MLS3 pada malam ini dimeriahkan dengan persembahan artis jemputan iaitu Khir Rahman dan Luqman Hafidz.

Tahniah, diucapkan buat semua pemenang!

: Facebook Emas Bajet Ganu, Gempak!

alt

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts