“Esok hari terakhir…”- Khairul Aming minta maaf, terpaksa akhiri misi bantuan banjir

by Oh! Semput


5
SHARES
67
VIEWS
Posted on 03 Dec 2024 17:00:39

Personaliti media sosial, Khairul Aming minta maaf kepada orang ramai kerana terpaksa mengakhiri misi bantuan banjir di negeri kelahirannya iaitu Kelantan.

Menerusi kenyataan di Instagram Story sebentar tadi,  Khairul Amin Kamarulzaman memaklumkan Rabu ini bersamaan 4 Disember merupakan hari terakhir pasukannya memberikan sumbangan kepada mangsa banjir yang memerlukan.

Bagaimanapun, pempengaruh itu tetap menyeru orang ramai terutama sukarelawan untuk turun padang bagi membantu menguruskan agihan barangan keperluan daripada beberapa pihak kepada mangsa-mangsa terjejas.

 “Kita ada banyak sumbangan yang akan sampai pagi esok. Ramai manpowers diperlukan.
“Ayuh kawan-kawan kita all out esok. Volunteers, drivers, penyumbang, abang rela, pihak berkuasa dan semua orang terlibat, anda semua orang yang sangat hebat,”katanya.

alt

Artikel lain: Khairul Aming kagum semangat penderma banjir – “Tengoklah betapa baiknya orang kita..”

Khairul Aming minta maaf

Katanya lagi, walaupun terpaksa mengakhiri misi bantuan banjir tersebut, namun kenangan sepanjang hampir seminggu bersama adalah pengalaman mahal yang tidak dapat dilupakan.

Dalam hantaran yang sama, Khairul Aming yang juga usahawan berterima kasih kepada semua pihak yang sudi membantu menjayakan misi bantuan banjir.

alt

Sementara itu, menerusi sebuah video tular, Khairul Aming dalam sesi siaran langsung petang tadi memberitahu dia terpaksa mengakhiri misi tersebut kerana mahu menyelesaikan urusan tertangguh selama ini.

“Esok(Rabu) adalah hari terakhir. KA (Khairul Aming) minta maaf, KA terpaksa balik KL sebab kami ada urusan yang sudah tidak dapat dielakkan. 
“KA dah seminggu tinggalkan bisnes, kilang, klien semua, KA dah tangguh. Maaf, esok adalah hari terakhir,”jelasnya.

alt

Sebelum ini, anak kelahiran itu mendedahkan, pihaknya tidak menerima sumbangan dalam bentuk wang kerana bimbang tidak dapat menguruskannya dengan baik.

: X Khairul Aming, TikTok khairulamingfans_

Ad test

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts