Ciri Terbaru Spotify Mengasingkan Muzik Distrim Anak Daripada Mengganggu Wrapped dan Algoritma

by Oh! Semput


4
SHARES
50
VIEWS
Posted on 16 Sep 2026 03:30:30

Setiap tahun apabila Spotify Wrapped diberikan untuk melihat rangkum muzik yang digunakan sepanjang tahun, saya akan melihat beberapa kandungan yang janggal. Ini kerana dalam senarai lima lagu paling banyak distrim, tiga daripadanya ialah ayat hafazan anak yang dimainkan tiap-tiap pagi dalam perjalanan ke sekolah. Maka Spotify Wrapped peribadi tidak mencerminkan situasi sebenar saya yang lebih gemar menstrim lagu rock dan rap.

Hari ini Spofify memperkenalkan ciri baharu yang mengasingkan lagu yang dimainkan oleh anak atau ahli keluarga lain daripada mengganggu algoritma saranan dan Spotify Wrapped di hujung tahun. Ciri ini boleh diakses terus menerusi tetapan aplikasi dengan satu suis sahaja perlu diaktifkan untuk menggunakannya. Ciri ini boleh diakses pengguna Premium dan percuma

Malang bagi pengguna di Malaysia, ciri ini hanya boleh diakses menerusi Managed Accounts yang sehingga kini belum diberikan kepada pengguna tempatan. . Setakat ini Managed Accounts hanya boleh digunakan di Austria, Belgium, Bulgaria, Croatia, Cyprus, Estonia, Finland, Greece, Hungary, Ireland, Kanada, Latvia, Lithuania, Luxembourg, Malta, Poland, Republik Czech, Romania, Slovakia, dan Slovenia.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts