PKR terbuka kerjasama dengan mana-mana parti politik, kata Anwar

by Oh! Semput


1
SHARES
17
VIEWS
Posted on 27 Oct 2020 20:02:39

Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya akan terus memperjuangkan agenda reformasi berpaksikan prinsip keadilan dan kesejahteraan untuk seluruh rakyat Malaysia. — Foto oleh Yusof Mat Isa
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pihaknya akan terus memperjuangkan agenda reformasi berpaksikan prinsip keadilan dan kesejahteraan untuk seluruh rakyat Malaysia. — Foto oleh Yusof Mat Isa

KUALA LUMPUR, 27 Okt — Parti Keadilan Rakyat (PKR) sedia bekerjasama dengan mana-mana ahli politik yang mahukan sebuah sistem bebas daripada rasuah dan penyalahgunaan kuasa serta mengangkat politik nilai.

Presidennya Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata parti itu akan terus memperjuangkan agenda reformasi berpaksikan prinsip keadilan dan kesejahteraan untuk seluruh rakyat Malaysia.

“Bersabit dengan Belanjawan 2021, ia harus menggembleng usaha dan peranan kedua-dua pihak (bipartisan) iaitu kerajaan dan pembangkang dalam merencana strategi yang ampuh bagi menangani pandemik Covid-19, pengangguran dan masalah kemiskinan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, beliau berkata peringatan dan penegasan Raja-Raja Melayu berkaitan dengan penyalahgunaan kuasa dan prinsip keadilan tidak harus dipandang enteng, malah harus didukung oleh semua pihak yang mempunyai kesedaran dan kejituan dalam menolak kebobrokan (kemusnahan).

Jelasnya, sebarang usaha mengembalikan mandat rakyat mestilah berpaksikan keutamaan mempertahankan maruah bangsa dan negara tanpa menggadaikan prinsip perjuangan dan idealisme.

“Saya mengambil maklum perkembangan politik negara yang berlaku mutakhir ini. Saya menzahirkan kesyukuran ke atas keprihatinan Raja-Raja Melayu mempertahankan keluhuran perlembagaan,” katanya. — Bernama

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts