29 Terbunuh Serangan Bom Berganda Di Istanbul

by Oh! Semput


3
SHARES
43
VIEWS
Posted on 11 Dec 2016 04:09:32

29 individu dilapor terbunuh manakala 166 lagi cedera apabila serangan bom berganda melanda Istanbul, Turki, semalam.

Serangan bom tersebut berlaku di pekarangan sebuah stadium di daerah Besiktas sebaik sahaja sebuah perlawanan bola sepak berakhir di sana.

27 daripada mangsa terbunuh merupakan anggota polis dan dua lagi mangsa korban adalah orang awam.

Menurut pihak berkuasa, setakat ini pihak mereka sudah menahan 10 individu yang disyaki mempunyai kaitan dengan insiden tersebut.

Serangan pertama dipercayai berlaku di sebuah kereta yang diparkir berhampiran stadium, memusnahkan sebuah bas yang dipenuhi anggota polis manakala serangan kedua berlaku di taman berdekatan yang dilakukan oleh pengganas berani mati.

Menurut Perdana Menteri Turki, Recep Tayyip Erdogan pengganas sengaja menyasarkan serangan itu kepada pihak polis dan orang awam di Beskitas. – MYNEWSHUB.CC 

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts