MCMC: Terdapat Penyalahgunaan, Waspada Jika Terima SMS Scam Daripada 'MySejahtera'

by Oh! Semput


2
SHARES
22
VIEWS
Posted on 06 Aug 2022 01:30:15

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) melalui kenyataan media hari ini, mengingatkan orang ramai agar berwaspada dan tidak terpedaya jika telah menerima SMS daripada ID Penghantar 'GOV' menggunakan nama organisasi MySejahtera yang memberitahu pengguna bahawa bantuan khas kewangan telah dikreditkan ke akaun Touch N Go (TNG) eWallet mereka.

Menurut MCMC, terdapat penyalahgunaan ID Penghantar 'GOV' di mana pihak tidak bertanggungjawab telah memanipulasikannya bagi tujuan penipuan.

{suggest}

Untuk pengetahuan, hebahan SMS melalui ID Penghantar 'GOV' hanya dikhususkan bagi membuat Pesanan Khidmat Awam (PKA) berkenaan inisiatif-inisiatif oleh kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat.

Berikutan itu, peringatan ini dikeluarkan sejajar dengan penafian oleh pihak MySejahtera berkenaan pesanan SMS palsu tersebut.

https://twitter.com/MCMC_RASMI/status/1555411135146233856

Terdahulu, pihak PDRM turut menggesa orang ramai supaya tidak menekan pautan yang diterima dari nombor yang tidak dikenali, serta menyemak SMS yang diterima dengan pihak berkaitan.

Sebagai tindakan, pihak MCMC juga telah membuat sekatan ke atas akses pautan palsu tersebut.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts