Tergamam dan tidak sangka, Neelofa terima kejutan dalam pesawat dari Singapura

by Oh! Semput


4
SHARES
56
VIEWS
Posted on 22 Mar 2018 09:02:39

Awal Januari lalu, usahawan terkemuka, Neelofa telah memulakan tugasnya secara rasmi sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif Kumpulan AirAsia. Pelantikan itu sebagai antara usaha AirAsia untuk mengukuhkan lagi jenama syarikat penerbangan tersebut.

Semalam, pengacara dan pelakon popular itu telah menerima kejutan daripada AirAsia sewaktu dalam perjalanan pulang ke tanah air dari Singapura.

Menerusi perkongsian oleh Ketua Komunikasi Korporat AirAsia, Aziz Laikar di laman instagram miliknya, kejutan dibuat sempena pencapaian pemilik jenama Naelofar Hijab itu yang tersenarai sebagai salah seorang calon Anugerah Wanita Masa Depan (Asia Tenggara).

Tambah Aziz, majlis itu mengiktiraf wanita yang berjaya pada masa kini dan untuk masa depan. Neelofa pula sebagai contoh terbaik bagi frasa wanita boleh melakukan apa sahaja dan perkara itu sangat dibanggakan oleh AirAsia.

altaltalt

Gambar itu telah menarik perhatian netizen untuk memberikan komen yang rata-rata turut meluahkan perasaan gembira mereka atas kejayaan selebriti tersebut.

alt

alt

: Aziz Laikar

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts