“Tergerak hati balik rumah sebab barang tertinggal, mencurigakan bila sampai rumah kereta suami ada lagi, bila intai bilik rupanya dia dengan..”

by Oh! Semput


5
SHARES
70
VIEWS
Posted on 26 Mar 2024 08:02:06

Assalamualaikum semua. Terima kasihatas keizinan untuk menyiarkan kisah saya. Nama ku J, Seorang surirumah.ketika dahulu aku adalah seorang pensyarah di salah sebuah Universiti Swasta,

Namun ku korbankan kerjaya demi memberi sepenuh perhatian kepada anak-anak dan rumahtangga.Perkahwinan ku telah berusia 17 tahun dikurniakan 3 cahayamata 15, 13 dan 10.

Suamiku seorang yang baik, bertanggungjawab terhadap keluarga, anak-anak dan kedua ibubapa nya dan juga ibubapaku.

"Tergerak hati balik rumah sebab barang tertinggal, mencurigakan bila sampai rumah kereta suami ada lagi, bila intai bilik rupanya dia dengan.."

Seorang yang ringan tulang membantu kerja-kerja dirumah. Justeru sesiapa sahaja yang mengenaliku merasakan aku adalah wanita terbahagia.

Namun tiada siapa yang mengetahui. Suamiku mempunyai sisi gelap di dalam rumahtangga kami. Aku mula mengetahui perbuatan suamiku setelah setahun mendirikan rumahtangga. Suamiku gemar melanggan wanita diluar.

Di awal perkahwinan suamiku tertangkap olehku membawa wanita balik ke rumahku. Allah Maha Pengasih.. Tergerak hatiku untuk pulang kerumah dek kerana tertinggal bag kerja ku ketika itu.

Hairan melihat kereta suamiku di garaj rumah lantas ku segera ke bilik kami. Suami ku bersama seorang wanita warga asing di atas katil kami.

Long story short, Selama 17 tahun perkahwinan Aku terus menyimpan dan memendam rasa demi menjaga aib suami. Sama sekali aku tidak pernah bercerita kepada sesiapa pon perihal sisi gelap suamiku.

Suami tidak pernah serik sering bertukar-tukar pasangan. Pernah ku beri kata dua kepadanya namun dalam diam dia masih lagi dengan kegiatan sisi gelapnya.

Berkali-kali ku beri peluang kepadanya Ku mohon dia bertaubat. Namun semuanya sia-sia.

Seringkali ku terjumpa bukti-bukti kegiatan nya (kadang-kadang terjumpa kondom, resit hotel dan pernah terjumpa coli di dalam bag kerjanya). Aku tak cerdik?! Biarkan diriku diperlakukan sedemikian?

Ya aku tak cerdik!! ketak cerdikan aku adalah demi pengorbanan ku untuk orang lain. Untuk anak-anakku yang sememangnya amat rapat dengan suamiku. Berkorban untuk kedua ibubapanya.

Ibubapa agak uzur dan pasti dah dapat menerima jika mengetahui sisi gelap anaknya. Tiada siapa mengetahui masalah rumahtangga kami. Siapa sahaja yang mengenali kami pasti merasakan kami adalah pasangan yang bahagia.

Suami ku tetap ‘portray’ kan dirinya seorang yang baik. Dan layananku terhadap suami masih sama.

Makan, minum nya tetap kujaga walaupon hatiku amat hancur. Kini genap 5 tahun suamiku tidak menyentuh dan menunaikan nafkah batin kepada ku.

Pelbagai usaha ku lakukan untuk menarik ‘minat’ nya terhadap ku. Ku berhias, membeli ling’erie yang hot dan se’xy namun suamiku langsung tidak mempedulikan ku.

Walaupon kadang-kadang aku berasa jijik ingin bersamanya dek kerana suami masih melanggan wanita diluar.

Ya katalah aku tak cerdik. Aku terima… Cuma satu aku minta Doakan aku terus kuat untuk hadap semua ni. Kuat demi anak-anak dan kedua ibubapanya. – Mdm J (Bukan nama sebenar)

Komen warganet

Noradila:
Apa pun awak isteri yg baik.. Kerana awak masih mampu bersabar dan mementingkan orang lain walau orang tidak fikirkan awak. Sungguh ketaatan awak bukan biasa2 kerana permpuan biasa belum tentu mampu dan sesabar awak. Semoga dipermudahkan urusan dan diberi jalan penyelesaian yg terbaik drpd Allah.

Buserra:
Saja nak tanya.. Kalau anda dah tahu tak cerdik, masih mampu bertahan, masih setia menutup aib suami, masih boleh pejam mata terhadap kemungkaran, masih tak takut bersubahat, masih mampu rawat hati sendiri dan tak bimbang tentang jangkitan penyakit, jadi….Apa tujuan anda meluah rasa di sini?

Janganlah redupkam hati kami pada musim tengkujuh macam sekarang ni dengan memikirkan ada lagi manusia seperti anda yang kekal bertahan walaupun situasinya amat menjijikkan.

Atas katil sendiri kot! Saya kenot brain puan. Serius. Dalam kecewa² tu, anda bergolek juga di atas katil yang sama. Macam tu ke? Adoiii.

Cik puan ria:
Rasa kesian, tapi benda tetap silap atas pilihan sendiri ..tapi yalah…bukan mudah, demi anak anak kan..tapi bagi saya, sbb sis masih terus memaafkan perangai suami tak berubah..moga saja ada jalan lebih baik utk sis dan anak anak sis…

Sementara hati masih berbelah bagi, simpan segala bukti perbuatan suami ya sis…orang yang pandai berpura pura, risau sis yang disalahkan orang sekeliling satu masa nanti bila segalanya perlu diceritakan. Semoga kuat dan Allah beri jalan terbaik…aamiin

Zaidah:
Saya rasa Puan confessor kena cari kekuatan keluar dari toxic marriage. Suami Puan jer yg rasa bahagia dlm hubungan ni manakala Puan sebaliknya. Sangat x adil. Dlm hal ni dah kena selfish, boleh mohon fasakh sbb yg suami ada bukti buat maks’iat zi’na. Dah bertahun jaga aib dia.

Sedangkan suami tu x jaga aib dia sendiri. Dah bertahun tp masih x bertaubat. He is not worth it all. You deserve a better life . Pergi mahkamah, failkan penceraian.

BACA:“Pegawai polis ajak suami sembang jauh sikit dari aku, lepas sembang terus balik yang peliknya tak jadi report, rupa-rupanya..”

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts