Terjah tol Simpang Renggam, Najib usik Maszlee lagi

by Oh! Semput


4
SHARES
55
VIEWS
Posted on 09 Nov 2019 12:02:59

Berkemeja lengan pendek, Datuk Seri Najib Razak berdiri sambil menunjukkan plaza tol dengan tersenyum sinis di wajahnya. — Foto ihsan Instagram/Najib Razak
Berkemeja lengan pendek, Datuk Seri Najib Razak berdiri sambil menunjukkan plaza tol dengan tersenyum sinis di wajahnya. — Foto ihsan Instagram/Najib Razak

KUALA LUMPUR, 9 Nov — Walau lebih setahun Barisan Nasional tumbang, namun Datuk Seri Najib Razak masih bertegas mahu manifesto Pakatan Harapan ditunaikan.

Meluangkan masa di kawasan Simpang Renggam, bekas perdana menteri tegar menuntut agar janji tol percuma di situ ditunaikan oleh Maszlee Malik, menteri pendidikan kini.

“Maszlee tengok ini. Tol Simpang Renggam ada lagi. Boleh tuntut tak? Dekat mana boleh buat tuntutan?” coret Najib di Instagramnya hari ini.

Berkemeja lengan pendek warna kuning, Najib berdiri sambil menunjukkan plaza tol terbabit dengan tersenyum sinis di wajahnya.

Pilihan raya umum lepas, Pakatan Harapan berjanji untuk memansuhkan tol dalam manifesto termasuk Maszlee yang menjadikan ia bahan kempen di parlimen itu.

Bekas ahli akademik itu mahu kutipan tol Simpang Renggam turut dimansuhkan selepas PH memerintah dan rakyat kemudian menuntut agar tol percuma ditunaikan.

Hantaran bekas menteri kewangan dan presiden Umno itu mengundang pelbagi reaksi di kalangan pengunjung dan kini mendapat lebih 31,000 kali tanda ‘suka’.

“Kasi ajar sikit.. Bossku,” kata pemegang akaun yang dikenali Nazrul.

“Baik troll bossku! Janji nak hapuskan tol.. sekali jurutol yang dihapuskan. Nak top-up Touch n Go pun susah,” kata Mrerysan pula.

“Aduh bossku..sentapp mantapp...Kalau tengah makan, boleh hilang selera...kah..kah,” kata Sandcarier.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts