Terjumpa najis di timbunan ikan bilis di pasar raya .. Najis sapa plak tu?

by Oh! Semput


2
SHARES
20
VIEWS
Posted on 28 Sep 2017 18:01:18

RAWANG, SELANGOR – Viral gambar penemuan najis binatang di timbunan ikan bilis yang dijual di sebuah pasar raya mengundang pelbagai reaksi netizen.

Gambar yang dimuat naik oleh Nanmanjoi Hamzah pada jam 1.39 pagi semalam mendakwa, insiden itu berlaku di sebuah pasar raya di Rawang.

“Mujur tak pergi ***. Agaknya malam-malam dilepasnya anjing bebas dalam kedai itu. *** jalan ke Rawang dari Sungai Choh itu,” tulisnya di Facebook Group.

Sementara itu, ada segelintir netizen yang menafikan najis itu adalah najis anjing, sebaliknya najis kucing berikutan saiznya dan perilaku kucing yang gemar memakan ikan bilis.

Selain itu, netizen mendesak pihak Jabatan Kesihatan Negeri turun padang dan menyiasat insiden itu bagi mengambil tindakan terhadap pasar raya berkenaan kerana ia melibatkan soal kebersihan makanan yang dijual kepada pelanggan.

Sehingga kini, masih belum ada sebarang kenyataan balas dari pihak pasar raya berkenaan berhubung dakwaan penemuan najis haiwan tersebut.

: reporter

 

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts