Terjunam dalam tasik kerana percayakan GPS

by Oh! Semput


2
SHARES
23
VIEWS
Posted on 26 Jan 2018 13:01:21



Terjunam dalam tasik kerana percayakan GPS
Jeep Compass dibawa keluar dari tasik beberapa hari selepas kemalangan berlaku.
WASHINGTON - AMERIKA SYARIKAT. Gara-gara terlalu percayakan sistem pengesanan global (GPS), kereta yang dipandu seorang lelaki bersama dua penumpang terhumban ke dalam sebuah tasik berais di timur laut Vermont, Amerika Syarikat.

Menurut polis, tiga sekawan yang menaiki kereta dipinjam daripada seorang rakan itu bagaimanapun tidak cedera.

"Pemandu Jeep Compass mengikut arahan GPS untuk mengambil jalan lurus. Bagaimanapun, ia meluncur ke dalam tasik berais di Tasik Champlain. Hanya bahagian belakang kenderaan kelihatan dan selebihnya tenggelam," menurut laporan polis.

Pegawai yang mengambil laporan berpendapat, pemandu tidak berada di bawah pengaruh alkohol atau dadah.
Laporan turut memberitahu, terdapat kabus dan hujan lebat semasa kejadian.
Kenderaan berjaya dikeluarkan dari tasik tiga hari kemudian. - AFP

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts