(TERKINI) PRN Melaka – BN – PN Menang Majoriti Mudah, Bentuk Kerajaan Negeri Dengan 22 Daripada 28 Kerusi

by Oh! Semput


5
SHARES
63
VIEWS
Posted on 14 Nov 2026 13:30:58

Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN) secara tidak rasmi memperoleh majoriti dua pertiga selepas memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16.

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki di Pusat Operasi BN di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), Ayer Keroh, kira-kira 8.30 malam ini.

Advertisement

BN-PN Raih Majoriti Dua Pertiga

Keputusan tidak rasmi menunjukkan BN-PN menang di kerusi DUN Rembia, Taboh Naning, Sungai Udang, Tanjung Bidara, Lendu, Ayer Limau, Kuala Linggi, Duyong, Sungai Rambai, Rim, Asahan, Bukit Katil, Telok Mas, Gadek dan Machap Jaya.

BN-PN turut secara tidak rasmi memenangi kerusi DUN Bemban, Kelebang, Paya Rumput dan Ayer Molek.

ds

Sementara itu, Pakatan Harapan (PH) pula mendahului di empat kerusi DUN setakat 8.20 malam.

Empat kerusi berkenaan ialah Ayer Keroh, Kesidang, Bandar Hilir dan Kota Laksamana.

Keputusan tersebut masih berdasarkan kiraan tidak rasmi setakat ini.

Dengan kemenangan 21 daripada keseluruhan 28 kerusi DUN, BN-PN secara  rasmi telah memperoleh majoriti dua pertiga yang diperlukan untuk mentadbir kerajaan negeri Melaka.

Perkembangan keputusan PRN Melaka terus menjadi tumpuan susulan persaingan antara BN-PN dan PH pada pilihan raya negeri kali ini.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2026-11-12 14:04:23

Najib Boleh Tinggal Bersama Isteri & Anak Menantu, Pernah Mohon Satu Lagi Kediaman Namun Ditolak - Saifuddin Nasution

 

(TERKINI) PRN Melaka – BN – PN Menang Majoriti Mudah, Bentuk Kerajaan Negeri Dengan 22 Daripada 28 Kerusi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts