(TERKINI) JPBM Sahkan Jaslinda Sudah Ditemui Di Perkampungan Orang Asli

by Oh! Semput


3
SHARES
44
VIEWS
Posted on 06 Jun 2026 13:32:41

Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang dilaporkan hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih, Perak akhirnya ditemui selamat petang ini.

Berita penemuan itu sekali gus melegakan ramai pihak selepas kes kehilangan Jaslinda mendapat perhatian meluas sejak beberapa hari lalu.

Advertisement

Jaslinda

Penyelaras sukarelawan Orang Asli, Chew Ho Beng memberitahu Berita Harian bahawa mangsa ditemui oleh penduduk kampung di kawasan perkampungan Orang Asli Lubuk Baharu.

Difahamkan, penduduk kampung terbabit memainkan peranan penting dalam penemuan mangsa selepas operasi pencarian dijalankan di kawasan berkenaan.

Sementara itu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad turut mengesahkan penemuan tersebut ketika dihubungi BH.

Kecoh Foto Jaslinda Ditemui Di Perkampungan Orang Asli, Orang Ramai Tunggu Pengesahan Rasmi

Bagaimanapun, beliau memaklumkan bahawa butiran lanjut mengenai keadaan mangsa dan proses membawa keluar Jaslinda akan dimaklumkan kemudian.

Terdahulu, Jaslinda dilaporkan hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di kawasan Gunung Batu Putih, sekali gus mencetuskan operasi mencari dan menyelamat melibatkan pelbagai pihak termasuk agensi penyelamat, sukarelawan serta komuniti setempat.

Penemuan Jaslinda dalam keadaan selamat itu disambut dengan rasa syukur oleh orang ramai yang sebelum ini tidak putus-putus mendoakan keselamatannya.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

jaslinda
2026-06-06 18:00:07

Kecoh Foto Jaslinda Ditemui Di Perkampungan Orang Asli, Orang Ramai Tunggu Pengesahan Rasmi

(TERKINI) JPBM Sahkan Jaslinda Sudah Ditemui Di Perkampungan Orang Asli first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts