(TERKINI) Tak Sampai 2 Tahun Bersama, Syamsul Yusof & Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu

by Oh! Semput


14
SHARES
181
VIEWS
Posted on 05 Sep 2024 06:31:08

Sedia maklum, beberapa minggu lalu, tular berita mengenai pengarah dan pelakon hebat, Syamsul Yusof memfailkan penceraian terhadap isterinya, Ira Kazar.

Perkara tersebut telah pun disahkan oleh peguam syarie yang mewakili Syamsul iaitu Azmi Rais sewaktu dihubungi oleh pihak media.

Advertisement

syamsul yusof

Terkini, pasangan tersebut telah pun disahkan bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor.

Biarpun belum sampai dua tahun mendirikan rumah tangga, kedua-dua pihak difahamkan sudah tidak lagi mempunyai persefahaman dalam perkahwinan yang dibina.

Bahkan, mahkamah turut mengesahkan wujudnya pelanggaran taklik sebanyak lima kali dibuat oleh Syamsul terhadap Ira sejak 14 Ogos lalu.

ira kazar

Sekadar info, Syamsul Yusof dan Ira Kazar berkahwin di Songkhla, Thailand pada 6 Januari 2023.

Peguam sahkan syamsul yusof ceraikan ira
2 weeks ago

Sah..Peguam Sahkan Syamsul Yusof Fail Cerai Ira Kazar Pada Petang Isnin

(TERKINI) Tak Sampai 2 Tahun Bersama, Syamsul Yusof & Ira Kazar Sah Cerai Talak Satu first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts