Terlalu Garang @ Terlalu Memanjakan Anak? Ini 21 Pola Asuh Anak Yang Ibu Ayah Selalu Buat

by Oh! Semput


3
SHARES
41
VIEWS
Posted on 09 Oct 2019 08:02:25

Gaya keibubapaan atau pola asuh anak adalah proses yang menyokong bukan sahaja perkembangan fizikal, malah emosional, sosial, kewangan dan kepintaran anak sejak bayi sehingga dewasa.

Setiap ibu bapa mempunyai gaya mendidik dan membesarkan anak yang berbeza, jadi tidak hairanlah jika setiap kanak-kanak mempunyai personaliti dan cara yang berlainan.

21 Istilah Pola Asuh Anak Berbeza Ibu Bapa

Jika dilihat, setiap kanak-kanak dibesarkan dengan gaya keibubapaan tendiri yang lama-kelamaan akan membentuk peribadi si anak. Berikut 21 pola asuh anak berbeza oleh setiap ibu bapa:

#1 Authoritative Parenting atau Propagative Parenting

pola asuh anak

  • Ibu bapa membataskan pergaulan,memahami anak-anak dan prihatin terhadap keperluan emosi mereka.
  • Sangat rapat dengan anak-anak, dan sentiasa menekankan tentang peraturan.
  • Anak lebih berdikari, diterima masyarakat, berjaya dalam akademik dan mempunyai perangai yang elok.

#2 Permissive parenting atau Indulgent parenting

  • Ibu bapa dengan gaya keibubapaan ini memerhati tingkahlaku si anak, namun longgar dalam menetapkan peraturan dan disiplin.
  • Jarang memberi harapan kepada anak.
  • Anak-anak cenderung membesar tanpa mempunyai disiplin.
#3 Uninvolved parentingmembesarkan anak
  • Ibu bapa jarang meluangkan masa bersama anak-anak, tidak melibatkan diri dalam kehidupan dan kurang peduli keperluan anak.
  • Tidak memantau aktiviti anak.
  • Anak-anak akan sering rasa takut, gelisah dan tertekan kerana tiada sokongan ibu bapa.

#4 Neglectful parenting

  • Ibu bapa cenderung mengabaikan emosi dan pendapat anak-anak mereka.
  • Menganggap keperluan anak-anak tidak penting.
  • Anak-anak yang dibesarkan dengan cara ini kurang disiplin, tidak peduli terhadap lingkungan sekitarnya, matang sebelum usia dan sering bertengkar dengan ibu bapa.

#5 Authoritarian parenting

teknik mendidik anak

  • Ibu bapa menetapkan peraturan yang ketat, hukuman keras, tidak memahami dan kurang bergaul dengan anak.
  • Sering mengucapkan kata-kata, “Dulu masa ayah usia kamu..ayah sudah..”
  • Mengakibatkan anak menjadi pendiam, kurang percaya diri, kurang bersosial, dan kurang prestasi di sekolah.

#6 Attachment parenting, Intuitive Parenting, atau Natural Parenting

  • Sokong emosi yang baik oleh ibu bapa. 
  • Selalunya elak dari memukul anak, dan hanya mengajar disiplin melalui interaksi perbualan sahaja.
  • Anak menjadi manja dan terlalu tergantung kepada ibu bapa.

#7 Positive parenting

  • Ibu bapa membimbing dan menasihati anak tentang apa yang boleh dan tidak boleh dilakukan.
  • Ibu bapa mengajar cara positif dan menjelaskan bahwa setiap pilihan mempunyai akibat tersendiri.
  • Anak-anak belajar untuk mempertimbangkan pilihan yang ada dan lebih bertanggungjawab.

#8 Narcissistic parenting

  • Anak dijadikan pengganti untuk mencapai semua impian dan cita-cita yang tidak dapat dicapai oleh ibu bapa.
  • Memuji anaknya secara berlebihan, atau berasa disaingi si anak.
  • Anak-anak tidak mendapat kebebasan untuk mendalami minat dan potensi mereka.

#9 Nurturant parenting

  • Anak bebas meneroka sekeliling dengan pengawasan ibu bapa.
  • Ibu bapa menetapkan batasan kepada anak dan mengharapkan orang lain mematuhinya juga.
  • Anak cenderung merasa empati kepada orang lain, bertanggung jawab terhadap diri sendiri dan orang lain, serta lebih percaya diri.
#10 Overparenting atau Helicopter parenting
asuh anak

sum: medium

  • Ibu bapa terlibat secara langsung dalam setiap aspek kehidupan anak dan menyelesaikan semua permasalahan anak.
  • Melindungi anak secara berlebihan dan tidak membiarkan anak menghadapi sebarang kesusahan.mand
  • Anak menjadi tidak berdikari dan tidak memahami kesalahan serta akibat yang akan dihadapi.

#11 Slow parenting

  • Ibu bapa kurang terlibat dalam kehidupan anak namun memastikan ada cukup masa untuk dihabiskan bersama keluarga.
  • Membataskan penggunaan gajet anak dan menggantinya dengan mainan atau buku yang mengembangkan daya imaginasi dan kreativiti anak.
  • Anak-anak mengetahui batas dan kemampuan mereka

#12 Toxic parenting

  • Ibu bapa sering menggunakan kekerasan.
  • Mengabaikan keperluan anak, baik secara emosional atau fizikal.
  • Anak tidak dapat mengenali diri sendiri dan kurang percaya pada diri snediri.

#13 Dolphin parenting

  • Ibu bapa mengelak kegiatan yang berlebihan bagi anak-anak mereka, menahan diri untuk tidak terlalu overprotective, dan sentiasa mengambil kira keinginan, cita-cita, dan tujuan anak.
  • Melayan anak secara berbeza sesuai dengan keperluan dan peribadian anak-anak.
  • Anak-anak mempunyai ketrampilan sosial, percaya diri, kreatif, mudah beradaptasi, dan sentiasa ingin memajukan diri.

#14 Jellyfish parenting

  • Ibu bapa menerapkan sedikit peraturan dan harapan kepada anak.
  • Sering mengalah untuk mengelakkan pertengkaran dengan anak.
  • Anak menjadi kurang pandai bersosial dan bidang akademik, serta cenderung melibatkan diri dalam perilaku yang berisiko semasa remaja/dewasa.

#15 Hypnoparenting

pola asuh anak

sumber: hellosehat

  • Ibu bapa memberi pendapat positif kepada anaknya berkaitan dengan perkembangan dan pendidikan anak.
  • Ibu bapa memberikan bantuan dan sokongan kepada anak secara emosional.
  • Anak-anak lebih terbuka untuk berbincang dengan ibu bapa mengenai persoalan yang mereka hadapi.
#16 HyperparentingTerlalu Garang @ Terlalu Memanjakan Anak? Ini 21 Pola Asuh Anak Yang Ibu Ayah Selalu Buat
  • Ibu bapa terlalu mengawal anak.
  • Tidak mengizinkan anak membuat keputusan sendiri.
  • Anak menjadi kurang berkembang, sukar bersosial dan mudah tertekan.

#17 Tiger parenting

  • Ibu bapa mewajibkan anak untuk berjaya dalam semua bidang, terutamanya akademik.
  • Disiplin yang ketat, mengawal secara psikologi dan memiliki harapan yang tinggi terhadap anak.
  • Anak menjadi mudah cemas, tertekan, dan kurang percaya diri.

#18 Elephant parenting

  • Ibu bapa prihatin terhadap keperluan anak dan melindungi anak agar tidak mengalami kesukaran dan persoalan.
  • Orangtua memberikan kasih sayang dan sokongan kepada anak secara emosional.
  • Anak-anak menjadi kurang memahami batasan dan peraturan.

#19 Lighthouse parenting

  • Ibu bapa membiarkan anak mereka untuk merasakan dan mengalami kegagalan dan berbagai akibat.
  • Memberikan nasihat, sokongan, dan dorongan agar anak mereka dapat belajar menyelesaikan masalah mereka sendiri.
  • Anak dapat menjadi menjadi individu kuat dan cekap.

#20 Spiritual parenting/Holistic parenting

  • Ibu bapa asuh anak dengan pendekatan holistik, memberikan contoh yang baik kepada anak melalui perilaku orangtua itu sendiri.
  • Menghargai perbezaan keperibadian anak dan memberikan kebebasan kepada anak untuk mengembangkan keyakinan mereka sesuai berdasarkan potensi masing-masing.
  • Anak-anak lebih memiliki kesedaran batin dan menghargai lingkungan sekitarnya.

#21 Unconditional Parenting atau Conscious Parenting

mengasuh anak
  • Ibu bapa yang mengamalkan pola asuh anak ini menerima dan menyokong anak secara positif.
  • Sentiasa memberikan pujian atas perilaku anak yang baik.
  • Anak belajar memahami bahawa perilaku yang baik itu adalah sikap yang diterima dan diperhatikan.

Jadi yang mana satu pola asuh anak yang anda dan pasangan amalkan? Kongsikan bersama kami di ruangan komen!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.Terlalu Garang @ Terlalu Memanjakan Anak? Ini 21 Pola Asuh Anak Yang Ibu Ayah Selalu Buat
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts