Terlalu rindu, Fatimah minta doa supaya Allah pulangkan Adam cukup menyentak jiwa

by Oh! Semput


4
SHARES
50
VIEWS
Posted on 20 Jun 2019 12:00:17

Sudah hampir sebulan pemergian, Adam Mahamed Ismail atau lebih dikenali sebagai Adamdidam, umum sedia maklum bahawa Adam mempunyai tiga anak buah yang selebriti internet, adik beradik iaitu Fatimah, Omar Mukhtar dan Ali.

Kalau menjenguk posting yang dikongsikan arwah Adam masih ada, dapat dilihat bahawa hubungannya bersama anak-anak itu sangat rapat dan cukup istimewa.

Justeru, kehilangan Adam dalam hidup anak-anak memberi kesan yang cukup mendalam, dan tidak mudah untuk mereka terima dalam jangka masa yang singkat.

Difahamkan, selepas mendapat tahu Adam atau dipanggil mamaje oleh anak buahnya, Fatimah terutamanya antara yang paling terkesan, sehingga menjejaskan kesihatannya kerana terlalu merindui Adam.

Jika sebelum ibunya, memaklum keadaan Fatimah sudah beransur pulih, tetapi baru-baru ini Fatimah dikatakan masih tidak mampu melawan perasaan rindu terhadap mamajee dan hanya mampu pergi ke sekolah selama dua hari sahaja.

Lebih memilukan, Fatimah sempat meminta ibunya menelefon auntie Love, iaitu gelaran yang dipanggil kepada Neelofa, yang ketika itu sedang dalam umrah, meminta doa agar Allah memulangkan Adam walau hanya untuk satu minit.

I need her to help tell Allah to send back Mamajee for just one minute. All I need is one minute. Just one minute, and I will return him back to Allah…”

Tidak dapat nak dibayangkan sampai begitu sekali kasihnya terhadap Adam, kesedihan dan keperitan jiwa yang dirasai oleh anak kecil ini sangat berat untuk ditanggung, hanya masa yang dapat mengubatinya.

: The Family UKK

Komen

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts