Tiga Termasuk Seorang Doktor Dan Anak Perempuannya Serta Pegawai Kanan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Maut Dalam Kemalangan

by Oh! Semput


5
SHARES
62
VIEWS
Posted on 20 Jun 2026 06:31:56

PEKAN: Tiga termasuk seorang doktor dan anak perempuannya berusia dua tahun serta pegawai kanan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 67, Jalan Kuantan - Segamat dekat Chini, di sini, semalam.

Mangsa terbunuh dalam kemalangan kira-kira jam 6 petang itu ialah pegawai perubatan Hospital Segamat, Johor, Dr Mohamad Zekry Zuhairy Mohd Atan, 33, anaknya Dhea Sofia, 2, dan Ketua Penolong Pengarah LHDN Cawangan Cyberjaya, Azaharuddin Mohd Ali, 46.

Ketua Polis Daerah Pekan Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, kemalangan itu turut menyebabkan tiga penumpang kereta, dua penumpang MPV dan pemandu pikap cedera.

Menurutnya, ketika kejadian kereta dipandu pegawai perubatan terbabit dan MPV dipandu Azaharuddin dalam perjalanan dari arah Segamat ke Kuantan serta pikap dipandu seorang lelaki berusia 31 dari arah bertentangan.

"Hasil siasatan, kemalangan dipercayai berlaku selepas pikap terbabit cuba memotong sebuah lori.

"Bagaimanapun kenderaan itu dipercayai hilang kawalan dan terbabas ke lorong kanan serta bertembung dengan kereta dan MPV dari arah bertentangan.

"Akibat kemalangan itu, pemandu kereta dan MPV meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya menerusi kenyataan.

Mohd Zaidi berkata, seorang kanak-kanak perempuan pula disahkan meninggal dunia sebaik tiba di Klinik Kesihatan Chini.

Menurutnya, tiga penumpang kereta yang cedera ialah isteri Dr Mohamad Zekry Zuhairy, juga pegawai perubatan di Hospital Segamat, Dr Hana Ibrahim, 35, bapa dan ibunya masing-masing berusia 72 dan 80 tahun.

"Turut cedera, penumpang MPV iaitu isteri Azaharuddin, Fatimah Awing Kechik, 46, anaknya Aiman Faez Al-Amini, 15," katanya.

Semua mangsa yang cedera sedang dirawat di Hospital Pekan manakala jenazah mangsa turut dihantar ke hospital sama untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara cuai dan menyebabkan kemalangan maut.#beritaharian

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts