Cara Terminate Unifi dan Streamyx

by Oh! Semput


HOME Posted on 10 Aug 2018 16:01:04



Jika anda pengguna Unifi dan Streamyx, anda perlu ambil maklum bahawa, Telekom Malaysia kini dilihat telah mengemaskini prosedur untuk menamatkan langganan Unifi dan juga Streamyx. Polisi penamatan yang terbaru berkuatkuasa bermula Ogos 2018. 

Melalui notis yang telah mula dipaparkan pada laman web utama Unifi pada awal Ogos lalu, Telekom Malaysia menyatakan bahawa setiap pengguna yang ingin membatalkan perkhidmatan Unifi dan Streamnyx perlu memberikan notis 30 hari sebelum pembatalan berkenaan.



Notis penamatan langganan tersebut boleh diberikan melalui Chat di laman web rasmi Unifi, di page Facebook Unifi (weareunifi), Twitter: @helpunifi dan juga melalui emel rasmi help@tm.com.my. Selepas notis 30 hari, anda perlu hadir ke TMpoint berhampiran untuk proses menamatan langganan secara rasmi. 

Walaubagaimana pun, dalam notis tersebut tidak dinyatakan sebarang denda atau penalti untuk mereka yang gagal untuk mengemukakan notis penamatan dalam 30 hari.

Proses baru penamatan langganan ini mungkin sedikit sebanyak berkait dengan perubahan pakej langganan terbaru daripada Unifi baru-baru ini. Apa pun, jika anda hadir selepas 30 hari memberi notis, anda mungkin diberikan peluang untuk meneruskan langganan dengan beberapa promosi atau pakej untuk memujuk anda terus melanggan Unifi. 

SUMBER ASAL


Norlida Ishak Shop
Leave a Comment:

Related News