Kafe Terpaksa Ditutup, Pelanggan Kata Ustazah Asma’ Harun Patut Perbaiki Servis – “2 Jam Kami Tunggu Makanan”

by Oh! Semput


10
SHARES
133
VIEWS
Posted on 27 Feb 2024 10:01:25

Pendakwah terkenal yang dikenali sebagai ustazah Asma’ Harun baru mengumumkan penutupan restoran miliknya, Momen Kafe yang terletak di Seremban, Negeri Sembilan.

Ujar penceramah bebas berusia 40 tahun itu, pihaknya menanggung kerugian yang banyak setiap bulan sejak ia dibuka setahun yang lalu.

Advertisement

ustazah asma harun
7 hours ago

"Kerugian Kami Dianggar RM300K Lebih" - Hanya Beroperasi Setahun, Kafe Milik Ustazah Asma' Umum Tutup

 

Tular review negatif tentang restoran

Susulan itu, tular pula tangkap layar mempamerkan reviu orang ramai yang pernah berkunjung ke restoran tersebut dan merasai makanan yang dijual.

Menerusi hantaran di Twitter itu, Momen Kafe hanya mendapat 3.4 rating di Google dan ramai yang memberikan reviu dilihat berkongsi pengalaman tidak memuaskan masing-masing.

rating

Seorang individu mencadangkan agar Asma’ memberi lebih perhatian kepada bahagian dapur kerana makanan diberikan tidak memuaskan.

Macam mana harga nasi beriani RM22 tapi yang dihidangkan ke kami nasi yang sejuk?

komen

 

Servis sangat tidak memuaskan

Sementara itu, ada yang memberikan komen tentang servis daripada pekerja restoran berkenaan di mana mereka menunggu makanan terlalu lama.

Meskipun akui kedai tersebut cantik dan selesa namun seorang individu tidak memberikan rekomendasi untuk orang lain datang mencuba makanan di restoran itu.

Kami yang dah sampai lama ni tunggu makanan hampir 2 jam, yang abru sampai 20 minit dah dapat makanan. Boleh improve la servis dan bahagian dapur tu.

komen

Berdasarkan tangkap layar yang tular itu, kebanyakan pengunjung dilihat melalui pengalaman yang sama iaitu menunggu makanan terlalu lama.

komen

Tinjauan kami mendapati seramai 79 individu telah memberikan reviu mereka tentang restoran itu namun tidaklah semua melalui pengalaman yang sama.

Terdapat beberapa pengunjung yang memberikan reviu positif dan memuji restoran tersebut daripada segi rasa makanan, portion dan keselesaan.

Kafe Terpaksa Ditutup, Pelanggan Kata Ustazah Asma’ Harun Patut Perbaiki Servis – “2 Jam Kami Tunggu Makanan” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts