Saya Terpaksa Melakonkan Adegan Peluk Kerana Ingin Mengikut Skrip – Ungku Ismail

by Oh! Semput


14
SHARES
179
VIEWS
Posted on 20 Jul 2017 02:01:19

Masih ingat dengan pelakon Ungku Ismail Aziz? Sebelum ini beliau popular dengan drama Teman Lelaki Upahan itu. Ungku Ismail boleh dikatakan seorang pelakon yang mempunyai karismanya tersendiri dan beliau terdahulu pernah memberitahu enggan menyentuh mana-mana wanita bukan mahramnya ketika berlakon.

Namun, demi menjayakan babak dalam drama Dendam Aurora, Ungku Ismail terpaksa melanggar prinsipnya itu. Ini kerana beliau terpaksa mengikut kehendak skrip drama tersebut yang  adanya adegan berpeluk dan bersentuhan dengan heroin drama tersebut, Nabila Huda.

Selama ini memang saya elakkan adegan peluk dan bersentuhan kerana bagi saya tidak perlu pun bersentuhan kerana memadailah sekadar menunjukkan kemesraan.   Tapi untuk drama Dendam Aurora ini berbeza kerana ia susah sedikit dan ketika mendapat skrip, saya tahu ia perlu adegan yang intim.

Jadi terpaksa jugalah, jika tidak, jalan cerita akan lari daripada cerita asalnya. Tapi, apa yang dilakonkan itu ada batasannya dan sesuai untuk tontonan masyarakat negara ini.

Ungku Ismail  memberitahu beliau sudah meminta izin daripada suami Nabila untuk melakonkan babak berkenaan.  Pada masa akan datang, Ungku Ismail berjanji beliau akan mengekalkan prinsip untuk tidak bersentuhan dengan pelakon wanita lain.

Orang ramai janganlah fikir negatif dahulu kerana drama tersebut juga belum ditayangkan dan kita tidak tahu babak-babak berpelukan dan bersentuhan antara Ungku Ismail dan Nabila Huda.  Apa-apa pun, harapnya Ungku Ismail dapat mengekalkan prinsipnya itu pada masa akan datang.

Berita : mStar Online

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts