Ciri ‘Tap to Pay’ Kini Tersedia Di Malaysia – iPhone Boleh Terima Bayaran Tanpa Terminal

by Oh! Semput


7
SHARES
85
VIEWS
Posted on 22 Apr 2026 07:30:19

Apple hari ini mengumumkan ciri Tap to Pay on iPhone kini tersedia di Malaysia, membolehkan ribuan peniaga menerima pembayaran tanpa sentuh secara mudah dan selamat menggunakan iPhone.

Melalui ciri ini, peniaga hanya memerlukan aplikasi iOS yang disokong pada iPhone 11 atau lebih baharu yang menjalankan versi iOS terkini. Tiada perkakasan tambahan atau terminal pembayaran yang diperlukan.

Semasa pembayaran, peniaga hanya perlu meminta pelanggan untuk mendekatkan kad kredit atau debit tanpa sentuh, iPhone, Apple Watch atau dompet digital lain pada iPhone peniaga, dan pembayaran akan diselesaikan dengan selamat menggunakan teknologi NFC.

Tap to Pay menyokong Apple Pay, dompet digital lain, serta kad kredit dan debit tanpa sentuh daripada rangkaian pembayaran utama di Malaysia termasuk American Express, JCB, Mastercard, MyDebit, UnionPay dan Visa.

Antara platform pembayaran yang sudah menyokong ciri ini termasuk ADAPTIS, Fiuu, HitPay, Stripe dan Zoho, menjadikannya antara yang terawal membawa Tap to Pay kepada peniaga di Malaysia. Ciri ini juga akan diperluaskan tidak lama lagi untuk pembayaran di Apple The Exchange TRX.

Menurut Apple, data pembayaran pelanggan dilindungi oleh teknologi yang sama seperti Apple Pay yang menjadikannya peribadi dan selamat. Semua transaksi yang dibuat menggunakan Tap to Pay diproses menggunakan Secure Element, dan Apple tidak mengetahui apa yang dibeli atau siapa yang membuat pembelian tersebut. Apple juga tidak menyimpan nombor kad atau maklumat transaksi pada peranti atau di pelayan Apple.

{suggest}

Ciri ‘Tap to Pay’ Kini Tersedia Di Malaysia – iPhone Boleh Terima Bayaran Tanpa Terminal WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts