Tertekan isteri minta cerai, lelaki tergamak dera ugut bakar anak kandung

by Oh! Semput


12
SHARES
157
VIEWS
Posted on 20 Sep 2024 11:31:10

Polis telah menahan seorang lelaki susulan tularnya video seorang kanak-kanak lelaki menangis teresak-esak

Dikelilingi unggun api, dipercayai didera secara mental oleh ayah kandungnya sejak semalam.

Ketua Polis Kuantan, ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu, berkata lelaki tersebut ditangkap dalam sebuah kenderaan jenis

Nissan Grand Livina di perhentian bas hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan Maran 2 pada jam 10.30 malam semalam.

Menurutnya, sepasukan polis bahagian jenayah dari Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuantan, bersama IPD Maran,

Tertekan isteri minta cerai, lelaki tergamak dera ugut bakar anak kandung

telah membuat rampasan barang-barang kes semasa tangkapan dilakukan.

“Pengadu, yang merupakan isteri suspek dan kini dalam fasa perceraian, telah menghantar anak lelakinya yang berusia 2 tahun 6 bulan ke kediaman suaminya di Apartment Sutravilla, Jalan Pelindung Damai 5 di Beserah.

Setelah itu, pengadu menerima beberapa video daripada suspek yang menunjukkan dia memukul dan memarahi anak lelaki mereka tanpa sebab, sehingga kanak-kanak tersebut kelihatan trauma dan ketakutan.

Semalam (18 September), pada jam 4.27 petang, pengadu sekali lagi menerima video bekas suaminya memarahi anak mereka dengan memukul dan mengugut untuk membakar kanak-kanak tersebut.

Difahamkan, video berkenaan merupakan ugutan berkaitan kemelut rumah tangga mereka, kerana suspek tidak bersetuju dengan penceraian tersebut.

“Suspek pernah terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah dan melarikan anak lelaki pengadu dengan menaiki kereta jenis Nissan Grand Livina warna putih.

“Pengadu bimbang terhadap keselamatan anaknya lalu membuat laporan polis, dan pihak kami bertindak segera,” katanya.

Suspek yang berusia 35 tahun mempunyai 12 rekod jenayah lampau dan hasil siasatan lanjut mendapati lelaki itu mengaku terlibat dalam kes yang disiasat kerana tertekan.

Dia kini direman selama tiga hari sejak ditangkap.

Wan Zahari berkata, kes masih dalam siasatan lanjut, termasuk perbuatan suspek terhadap anak kandungnya di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

BACA: Pekerja kilang meninggal dunia selepas permintaan untuk cuti sakit ditolak

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts