'Teruk betul lah, apa faedah bayar tol jika jalan sesak?' - Ahmad Maslan

by Oh! Semput


HOME Posted on 16 Apr 2019 01:01:35



Baru-baru ini, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan, meluahkan rasa tidak puas hatinya di Twitter mengenai jalan bertol tetapi sesak hampir dua jam. 

"Saya sedang lalu lebuhraya PLUS sekarang, arah ke Seremban. Sesak dah hampir dua jam. 

"Nak lalu lorong kecemasan tak boleh, walau ada yang lalu. Lepas sesak ini, kena bayar tol. Memang teruk betul lah.

"Apa faedah bayar tol jika jalan yang dilalui itu sesak?" soalnya di Twitter dan turut dilampirkan kejayaan Najib memansuhkan 11 tol dalam tempoh 9 tahun menjadi perdana menteri. 

Saya sedang lalu lebuh raya #PLUS skrng arah ke #Seremban

Sesak dah hampir 2 jam

Nak lalu lorong kecemasan tak boleh walau ada yg lalu

Lepas sesak ini kena pula bayar tol

Mmg teruk betul lah

Apa faedah bayar tol jika jalan yg dilalui itu sesak? pic.twitter.com/VqhO5yQzZx
— DS Ahmad b Maslan (@ahmadmaslan) April 13, 2019


REAKSI NETIZEN

Sudah gaharu cendana pula, sudah tahu bertanya pula. Itulah peribahasa yang sesuai dengan beliau, kata netizen. 

Membalas tweet itu, netizen memberi Ahmad Maslan empat pilihan untuk meneruskan tindakan seterusnya sekiranya dia masih mahu merungut mengenai perkara itu.


How is it that you're only realising this now?! Were you only using helicopters exclusive these past 20 years?!
— Mohan Louis (@mohan_louis) April 13, 2019


baru merasa jadi rakyat jelata ke?
— SMF

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...