Abam terus dalam kenangan, Fad & Achey dedikasi lagu buat sahabat

by Oh! Semput


1
SHARES
19
VIEWS
Posted on 21 Feb 2020 09:05:27

Pemergian Abam atau Syed Umar Mukhtar dua minggu lepas sememangnya amat mengejutkaan. Kehilangan permata seni tanah air tersebut bukan sahaja ditangisi ahli keluarga, malahan juga seluruh peminatnya di serata negara.

Bagi memperingati allahyarham Abam, dua sahabatnya iaitu Achey dan Fad Bocey telah mendendangkan sebuah lagu khas untuk melepaskan kerinduan buat sahabat tersayang.

Lagu tersebut adalah hasil daripada penulisan Ippo Hafiz iaitu penyanyi yang popular dengan lagu-lagu soundtrack drama.

Lagu yang didendangkan itu juga masih belum mempunyai tajuk lagi berikutan baru sahaja dibuat. Dalam muat naik Achey, Ippo Hafiz dan Fad di Instagramnya, mereka telah berkongsi sebahagian lirik lagu tersebut yang dinyanyikan sendiri oleh Achey dan Fad.

alt

Menerusi bait-baik lirik lagu itu, jelas kedengaran bahawa rasa kerinduan tidak berbelah-bahagi mereka kepada seorang sahabat sejati yang telah pergi.

Achey juga dilihat tidak dapat menahan sebak apabila tiba bahagiannya untuk mendendangkan lagu tersebut.

alt

Sehubungan dengan ciptaan lagu tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen diruangan Instagram Achey dengan memuji makna yang mendalam menerusi lagu tersebut.

Mereka juga mengakui masih terkesan dengan pemergian Abam dan sentiasa mendoakan agar insan-insan rapat dengan allahyarham bersabar serta bangkit dari kesedihan.

alt

alt

alt

: Achey, Ippo Hafiz

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts