by Oh! Semput
Kekasih pelakon, Zarina Anjoulie iaitu Datuk Seri Khazrul Elzey memberi bayangan bahawa ikatan pertunangan mereka sudah terlerai di tengah jalan.
Menerusi satu perkongsian di aplikasi TikTok, Elzey dilihat reda dengan perancangan Allah SWT dan mengaku bahawa masih terdapat kekurangan dalam diri masing-masing.
Foto; KopiPlanet.com
Pada masa sama, Elzey berharap mereka berdua dapat menjalin hubungan baik sebagai rakan selain mendoakan agar pelakon berusia 36 tahun itu menemui pengganti yang lebih baik.
Walau bagaimanapun, menerusi perhatian, posting tersebut tidak lagi kelihatan di akaun TikTok miliknya dipercayai sudah dipadam tidak lama selepas dimuat naik.
Terdahulu, tindakan Zarina atau lebih mesra disapa dengan panggilan Anju memadam gambar dan video bersama tunangnya itu menimbulkan persoalan dalam kalangan netizen.
Lebih mengundang spekulasi apabila dia memuat naik satu video di laman Instagram dengan kapsyen seolah-olah cuba untuk bertahan meskipun berlaku kekecewaan.
Sebelum ini, pemilik nama Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul itu berkongsi pelbagai posting gembira memaparkan momen ketika membeli cincin sehingga melangsungkan majlis pertunangan secara ringkas pada 21 Januari lalu.
: TikTok Khazul Elzey, Instagram Zarina Anjoulie