Tesis Berusia 51 Tahun Menyebabkan Pelayan Universiti Cambridge Runtuh

by Oh! Semput


4
SHARES
47
VIEWS
Posted on 26 Oct 2017 06:00:32

Mungkin bukan semua kertas kajian boleh menimbulkan minat yang tinggi di kalangan pembaca lebih-lebih lagi yang sudah diterbitkan lebih dari 50 tahun lepas. Tetapi itulah yang terjadi kepada kertas tesis yang ditulis oleh saintis terkenal abad ini, Stephen Hawking.

Universiti Cambridge telah mengambil keputusan untuk memberi akses kepada orang ramai untuk melihatnya dengan percuma. Tesis utnuk pengajian sarjana doktor falsafah S.W Hawking itu bertajuk ‘Properties of Expanding Universe’.

Tidak lama kemudian, pelayan Universiti Cambridge telah mengalami kesulitan atas sebab trafik yang terlampau tinggi yang masuk ke dalam pelayan mereka. Nilai muat turun juga menjangkau sebanyak 60,000 dalam masa 25 jam.

Stephen Wiliam Hawking, 75 tahun merupakan ahli fizik teori terkenal di dalam dunia saintifik dan bukunya pernah termasuk dalam senarai buku terbaik dalam Sunday Times dalam tempoh 237 minggu.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts