Tiada kekeliruan jawatan dalam Pakatan Harapan - Muhyiddin

by Oh! Semput


2
SHARES
28
VIEWS
Posted on 19 Jul 2017 13:01:04

PETALING JAYA: Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak melihat berlaku kekeliruan jawatan-jawatan tertinggi  dalam Pakatan Harapan.

Jelasnya, setiap jawatan ada peranan masing-masing yang akan diputuskan melalui perlembagaan parti tidak lama lagi.

"Saya tidak fikir ada apa-apa kekeliruan, setiap pemimpin yang disebutkan baik Tun Mahathir Mohamad, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Seri Wan Azizah dan lain-lain, ada fungsi dan tanggungjawab melalui draf perlembagaan yang akan diputuskan nanti.

"Perhimpunan Majlis Presiden Pakatan Harapan tidak berapa lama lagi akan menyatakan fungsi Ketua Umum, Penasihat, dan Presiden," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat PPBM di sini hari ini.

Tegas beliau, hanya mereka yang tidak faham yang mungkin keliru dan cuba mewujudkan konflik.

"Yang keliru adalah bagi setengah pihak yang tidak faham dan nak mengelirukan orang. Tiada apa bagi kami di Pakatan Harapan yang nak dikelirukan," kata beliau.

Jelasnya, walaupun setiap jawatan adalah berbeza, namun setiap pemimpin dan anggota parti menjalankan tugas dalam satu pasukan.

Minggu lalu, Majlis Presiden Pakatan Harapan mengumumkan struktur kepimpinan dengan menamakan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Umum, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden.

Jawatan Timbalan Presiden pula dipegang bersama Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu.

Barisan Naib Presiden diwakili Timbalan Presiden PKR Datuk Seri Mohamad Azmin Ali, Timbalan Presiden PPBM Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen dan Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub.

Manakala Datuk Saifuddin Abdullah dilantik sebagai Ketua Setiausaha dan M. Kula Segaran sebagai Bendahari.

: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts