BNM "Tiada Rancangan" Lesenkan Atau Kawal Selia Matawang Digital

by Oh! Semput


2
SHARES
27
VIEWS
Posted on 28 Feb 2018 05:00:32


KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) tiada rancangan untuk melesenkan atau mengawal selia aktiviti mata wang digital, termasuk pengurup pada masa ini berikutan ia tidak sah diperlakukan atau dikenali sebagai “pengeluar”.

“Bank (BNM) akan terus memantau perkembangan dan menggalakkan ketelusan yang tinggi dalam aktiviti mata wang digital untuk mencegah penyalahgunaan mereka bagi aktiviti jenayah dan membolehkan pengguna memahami dan menilai risiko dengan lebih baik," katanya.

Orang ramai yang berurusan dengan mata wang digital dinasihatkan supaya berhati-hati, menurut BNM dalam senarai soalan lazim dan maklum balas yang dilampirkan bersama kenyataan mengenai Dasar Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembanterasan Pembiayaan Keganasan (AML/CFT) bagi Mata Wang Digital semalam.

Mengenai pendekatan BNM terhadap perniagaan pengiriman wang, perniagaan sistem pembayaran dan penyedia perkhidmatan lain yang berkaitan dengan pengurup mata wang digital (DCE), katanya dasar AML/CFT bagi institusi pelaporan terpakai kepada mana-mana pihak yang menyediakan perkhidmatan berkaitan mata wang digital seperti ditakrifkan dalam dokumen dasar itu.

Selain daripada obligasi yang dikenakan dalam dokumen dasar itu, bank tidak mengawal selia, memberi lesen atau membenarkan aktiviti mata wang digital atau perkhidmatan berkaitan dengan aktiviti tersebut, katanya.

“Dasar AML/CFT bagi institusi pelaporan pada masa ini disediakan bagi perniagaan pengiriman wang dan sistem pembayaran, termasuk yang boleh dikaitkan dengan DCE,” katanya.

Bank pusat berkata tiada sesiapa dibenarkan untuk menjalankan perniagaan pertukaran mata wang digital tanpa mendaftarkan syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

“Bank (BNM) menjangka mana-mana pihak, sama ada tempatan atau asing, dimasukkan atau didaftarkan di bawah Akta Syarikat 2016 jika mereka menjalankan atau berhasrat untuk menjalankan aktiviti tersebut," katanya.

BNM turut mengingatkan aktiviti berkaitan dengan Tawaran Syiling Permulaan (ICO) di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

“Jika ICO melibatkan aktiviti yang termasuk dalam skop perkhidmatan yang ditakrifkan di bawah dokumen dasar itu, justeru, aktiviti tersebut di bawah garis panduan itu," katanya. #sumber

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts