Tiada lagi sekatan dalam pemilihan jawatan UMNO....

by Oh! Semput


1
SHARES
19
VIEWS
Posted on 22 May 2018 18:02:10

Pada ketika senario politik Malaysia berputar dengan kemunculan pelbagai berita baru hari demi hari dengan pembentukan kerajaan Pakatan harapan yang menang PRU14…tandatanya yang tidak kurang hangat menyelubungi UMNO ialah siapakah barisan pemimpin baru yang dapat membangkitkan semula parti itu.
 
Setelah melalui pukulan hebat pada PRU14 dan tidak pengalaman pernah kalah sejak 61 tahun lampau ramai yang berpendapat UMNO kini memerlukan barisan pimpinan kuat, utuh dan ‘ extra special’ yang dapat ‘dijual’ untuk tarik semula sokongan yang terhakis.
 
Kini segala rintangan dan batu penghalang kepada siapa saja ahli yang layak untuk tawar diri sudah tiada.
 
Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada Selasa memutuskan membuka sepenuhnya semua jawatan termasuk Presiden,timbalan,naib serta ketua sayap Pemuda,Wabita dan Puteri untuk dipertandingkan.
 
Keputusan sebulat suara Majlis Tertinggi UMNO itu diumumkan oleh Datuk Seri Dr Zahid Hamidi yang menjalankan tugas Presiden dalam  sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat berkenaan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
 
“Semua jawatan yang ada terbuka dan bebas dipertandingkan termasuk jawatan presiden dan timbalan presiden serta ketua pergerakan sayap adalah bebas ditandingi mengikut kelayakan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO.
 
“Jadi, tidak timbul soal tidak ada pertandingan dalam UMNO,” katanya.
 
Zahid menjelaskan keputusan tersebut dibuat secara berlapang dada demi memastikan UMNO dapat dipulihkan terutamanya mengembalikan keyakinan rakyat kepada parti tersebut.
 
“Saya dan Hisham (Datuk Seri Hishamuddin Hussein) berlapang dada dan terbuka mahu jawatan ini ditandingi,” kata beliau.
 
Katanya, mereka yang mahu bertanding mesti mengemukakan pencalonan secara atas talian bermula 1 Jun dan pencalonan ditutup 17 Jun jam 5 petang.
 
Mesyuarat dan pemilihan Cawangan UMNO bermula 19 Mei hingga 10 Jun  diikuti 23 Jun pemilihan peringkat sayap Pemuda, Puteri dan Wanita manakala 30 Jun pula pemilihan peringkat Bahagian dan Majlis Tertinggi.
 
Sebelum ini pelbagai pihak mahu jawatan di dalam UMNO dipertandingkan selepas Presiden parti Datuk Seri Najib Tun Razak pada 9 Mei lalu melepaskan jawatan ekoran kekalahan BN pada PRU 14.
 
Zahid memberitahu sehingga pemilihan pimpinan baru dibuat beliau dan Datuk Seri Hishamuddin Hussein akan pikul tugas untuk mengurus parti seperti diamanahkan.
 
Katanya Ketua Pemuda Khairy Jamaluddin diberi tanggongjawab mengetuai jawatankuasa bagi mengstrukturkan semula UMNO dan BN agar lebih mantap.
 
Beliau diberi masa sebulan untuk siapkan tugas berkenaan.- 22/5/2018
 
 
 
 

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts