Anak tiada siapa jaga, bapa tunggal terpaksa berhenti kerja & mengemis demi sesuap nasi

by Oh! Semput


4
SHARES
49
VIEWS
Posted on 04 Jun 2020 08:05:14

Disaat kita merasakan diri kita susah, hakikatnya di luar sana masih ramai lagi yang terpaksa mengikat perut dan mencari rezeki siang malam hanya untuk sesuap nasi.

Baru-baru ini di Facebook, seorang pengusaha spa kecantikkan menerusi Facebook dengan nama akaun, Wan Aisyah Aisyahh, telah berkongsi mengenai kisah seorang bapa tunggal bersama anak kecilnya.

Setiap hari, dia melihat bapa bersama anak kecilnya duduk di kawasan kedai meminta sedekah, membuatkan wanita itu ingin mengetahui apakah yang berlaku terhadap dua beranak tersebut.

Di dalam entrinya, wanita itu yang menyapa diri sebagai Kak Cah, sempat berkongsi intipati perbualannya bersama dengan bapa tersebut. Difahamkan, isteri lelaki itu telah meninggal dunia sejak anaknya baru dilahirkan.

Asslamualaikum Gais..Hari ni k.cah ada story skit berkaitan dengan Gambar di bawah…Setiap hari bila k.cah pergi…

Posted by Wan Aisyah Aisyahh on Tuesday, June 2, 2020

Bapa tunggal yang sebelum ini membuat kerja pemasangan wayar, kini terpaksa berhenti kerana setelah isterinya meninggal tiada siapa yang dapat menjaga anak kecilnya itu.

Malah, bapa tunggal itu hanya mampu sewa bilik untuk bermalam sahaja kerana tiada wang. Kasihan melihat nasib bapa dan anak kecil yang terpaksa tidur di jalanan.

Wanita itu telah menawarkan kerja kepada bapa tunggal tersebut untuk membuat drill, dengan niat untuk membantu agar beroleh wang untuk mengisi perut.

Status tersebut kini telah mencuri perhatian ramai, dan telah mendapat 6 ribu perkongsian di Facebook. Rata-rata netizen meluahkan rasa simpati terhadap nasib bapa tunggal itu dan anak kecilnya.

alt alt alt alt

Kita tiada di tempat individu terbabit, jadi janganlah kita menghakimi apa yang berlaku ke atasnya. Diharapkan, ada jalan buat bapa tunggal ini mengubah nasib hidupnya.

: Wan Aisyah Aisyahh

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts