UMNO tidak boleh terus 'berbulan madu' - Tajuddin

by Oh! Semput


4
SHARES
54
VIEWS
Posted on 08 Jul 2017 13:00:03

SUNGAI PETANI: Jentera pilihan raya UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak boleh terus berada dalam suasana 'berbulan madu' jika mahu BN terus mentadbir negeri dan negara, kata Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Beliau yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani berkata walaupun sudah banyak jentera aktif digerakkan sebagai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) namun, masih terdapat kawasan tertentu yang perjalanan jentera partinya perlu ditambah baik.

"Ini menunjukkan secara keseluruhannya, ada lagi jentera yang perlu diperkukuhkan di peringkat bahagian, cawangan...perlu digerakkan, tidak boleh tunggu lagi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan serentak Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO Bahagian Merbok 2017 di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua UMNO Bahagian Merbok Datuk Tajul Urus Mat Zain, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Kedah merangkap Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Merbok Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin, Ketua Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Merbok Hapsoh Ahmad dan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Merbok Nurhamidah Azmi.

Tajuddin yang juga Anggota Parlimen Pasir Salak berkata semua jentera parti tidak harus menunggu sehingga calon-calon diumumkan untuk mula menggerakkan jentera masing-masing.

Terdahulu, dalam ucapannya beliau meminta sayap Wanita, Pemuda dan Puteri supaya berusaha gigih demi memastikan kemenangan UMNO dan BN di Kedah.

-- BERNAMA

: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts