Tidak hanya dirogol dan dibunuh, kanak-kanak 8 tahun ternyata mangsa perkauman

by Oh! Semput


HOME Posted on 22 Apr 2018 16:00:48



KATHUA: India terus menyaksikan penindasan terhadap golongan wanita yang sering dianiaya, dirogol dan perlu bertarung untuk mencapai kemajuan.

Baru-baru ini, berlaku satu lagi kes rogol yang menimpa seorang anak kecil berusia lapan tahun bernama Asifa.

Asifa pada bulan Januari mengikuti seorang lelaki memasuki kawasan hutan semasa sedang bermain dengan kuda-kudanya di padang rumput. Selang beberapa hari, dia ditemui tidak lagi bernyawa dalam hutan.

Menurut siasatan polis, Asifa diberi ubat penenang dan, selama tiga hari, dirogol berkali-kali oleh beberapa lelaki. Asifa akhirnya meninggal dunia selepas salah seorang suspek mencekiknya sampai mati pada 17 Januari. Polis turut menyatakan bahawa lelaki yang mencekik Asifa tidak membunuhnya terlebih dahulu kerana ingin merogolnya berulang kali.

Tidak setakat itu sahaja, dalang-dalang di sebalik pembunuhan Asifa juga menghentakkan batu ke kepalanya sebanyak dua kali bagi memastikan dia sudah benar-benar mati, seperti yang dilaporkan di laman tempatan Firstpost.

MANGSA PERKAUMAN

Kematian Asifa mencetuskan ketegangan dalam kalangan penduduk bandar kecil Kathua. Kali ini bukan kerana golongan wanita menuntut keadilan tetapi terdapat penggeseran antara kaum Hindu dengan suku kaum Muslim yang sering berpindah-pindah. Suku Bakarwal ini sering menyewa ladang milik kaum Hindu supaya haiwan ternakan mereka boleh memakan rumput, terutama sekali pada musim sejuk.

Asifa merupakan salah seorang daripada suku Bakarwal manakala kesemua lapan suspek yang membunuhnya merupakan penganut Hindu.

Bapa Asifa, Mohammad Yusuf Pujwala, memberitahu New York Times bahawa beliau percaya anaknya dibunuh sebagai ancaman supaya golongan Bakarwal meninggalkan tanah mereka.

Ramai daripada suku itu turut mengongsi pendapat yang sama terutama sekali selepas polis mendedahkan bahawa Asifa dibunuh dalam kuil Hindu dan penjaga kuil tersebut sengaja merancang pembunuhannya untuk menakut-nakutkan suku Bakarwal.

Ini bermakna, Asifa sebenarnya dijadikan sebagai 'biji catur'. "Seorang kanak-kanak yang hanya berusia lapan tahun... jadi sasaran," menurut polis.

PENDUDUK TUNTUT KEADILAN BAGI SUSPEK?

Memang sesetengah penduduk menuntut keadilan atas kematian Asifa, tetapi ada juga yang menuntut keadilan bagi kelapan-lapan suspek.

Malah, kekecohan berlaku di luar mahkamah di Jammu dan Kashmir apabila peguam-peguam Hindu menggunakan kekerasan bagi menghalang polis untuk memfailkan kes ini dan mendakwa para suspek. Mereka menggesa supaya siasatan Federal dijalankan kerana pemerintah "gagal memahami sentimen rakyat".

Polis bagaimanapun berjaya memfailkan kes ini dan mendakwa para suspek. Antara suspek termasuk empat anggota polis dan pegawai pemerintah yang sudah bersara.

Bantahan kini merebak di merata Kathua di mana aktivis Hindu mendakwa sesetengah pegawai polis yang mengendalikan kes itu adalah Muslim seperti Asifa dan mereka tidak boleh dipercayai, menurut The Times.

Sekumpulan wanita turut menghalang trafik di lebuh raya sebagai tanda bantahan. "Mereka tidak suka dengan agama kami," kata salah seorang wanita kepada New York Times. Beliau menambah, jika para suspek tidak dibebaskan, "mereka akan membakar diri mereka".

TANGGUNGJAWAB POLIS DIPERSOAL

Berhubung kes Asifa, para penggubal undang-undang turut mempersoalkan tentang kecekapan polis mereka dalam menangani jenayah di negara itu. Misalnya, polis menunggu selama dua hari selepas Asifa menghilang sebelum mereka memfailkan kes tersebut. Polis juga tidak memberi sebarang maklumat kepada media tempatan dan hanya melakukan itu beberapa hari selepas beliau dibunuh, menurut Asia Times.

"Jeritan dan tangisan kanak-kanak itu didengari oleh jiran-jiran. Mengapa polis berlengah untuk membantunya," tanya seorang anggota parlimen, Cik Shamina Firdous seperti ditukil Asia Times.

Ketegangan sudah lama wujud antara dua kaum itu sehingga keluarga Asifa dengan serta-merta tahu beliau dalam bahaya apabila tidak pulang dari ladang.

Ketika mayat Asifa ingin dikebumikan, beberapa anggota samseng muncul di tanah perkuburan dan mengancam keluarganya supaya tidak mengebumikan mayatnya di sana kerana takut jika tanah itu akan menjadi milik Muslim buat selamanya sekiranya Asifa dikebumikan di tanah itu, lapor NDTV.

Ini didedahkan sendiri oleh Talib Hussain, seorang aktivis sosial Bakarwal yang memperjuangkan keadilan bagi keluarga mangsa.  

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News