“Kami Pun Tidak Tahu Apa Yang Dia Lalui..” – Adik Pengiran Raabi’atul Minta Henti Spekulasi, Mohon Doa Buat Kakak

by Oh! Semput


6
SHARES
83
VIEWS
Posted on 08 Aug 2026 06:32:38

Susulan penarikan balik gelaran ‘Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri’ yang sebelum ini dikurniakan kepada Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah binti Pengiran Haji Bolkiah, salah seorang adik-beradiknya tampil memberikan kenyataan di media sosial.

Dalam kenyataan tersebut, dia mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga, rakan, kenalan dan orang ramai yang menghubunginya selepas mengetahui berita mengenai kakaknya.

Advertisement

Menurutnya, dia menghargai segala mesej, WhatsApp dan DM yang diterima, namun memohon maaf kerana tidak mampu membalas semuanya secara peribadi.

Akui Tidak Tahu Lebih Banyak Tentang Situasi Kakak

Adik Pengiran Raabi’atul itu menjelaskan bahawa dia sendiri tidak mengetahui lebih banyak mengenai perkara tersebut berbanding apa yang diketahui oleh orang ramai.

Katanya, dia jarang berjumpa dengan kakaknya, adik-beradik lain serta ibu bapa dan kebiasaannya mereka hanya bertemu ketika perjumpaan keluarga.

pengiran

Masing-masing juga mempunyai keluarga, perniagaan, pekerjaan dan tanggungjawab sendiri yang perlu diuruskan setiap hari.

Hanya Mampu Berdoa Buat Pengiran Raabi’atul

Buat masa ini, dia berkata perkara yang mampu dilakukan hanyalah berdoa agar Allah SWT memberikan kekuatan, petunjuk serta segala yang terbaik buat kakaknya.

Dia turut mengingatkan bahawa setiap manusia diuji dengan cara berbeza dan orang luar tidak mengetahui sepenuhnya apa yang sedang dilalui seseorang di sebalik kehidupan peribadi mereka.

Gelaran ‘Yang Amat Mulia Pengiran’ Menantu Sultan Brunei Ditarik Balik Serta Merta -“Cemar Nama Baik Dan Tidak Hormat Sultan Brunei”

Menurutnya, hanya Allah SWT mengetahui apa yang berada dalam hati seseorang serta segala kesukaran yang sedang ditanggung.

Minta Orang Ramai Elak Buat Andaian Dan Sebar Khabar Angin

Dalam kenyataan sama, dia meminta orang ramai supaya terus mendoakan kakaknya dan memilih untuk menunjukkan rasa belas ihsan berbanding menjatuhkan hukuman.

Orang ramai turut diminta supaya tidak membuat andaian atau menyebarkan khabar angin mengenai situasi tersebut.

Katanya, dalam keadaan seperti ini, sifat baik dan empati jauh lebih bermakna berbanding spekulasi.

Mengakhiri kenyataan, dia turut mendoakan agar Allah SWT mempermudahkan segala kesulitan, memberikan petunjuk kepada semua serta melindungi keluarga masing-masing.

Terdahulu, gelaran ‘Yang Amat Mulia Pengiran Anak Isteri’ yang dikurniakan kepada Pengiran Raabi’atul ‘Adawiyyah, isteri kepada Pengiran Muda ‘Abdul Malik, dilaporkan ditarik balik berkuat kuasa serta-merta.

 

“Kami Pun Tidak Tahu Apa Yang Dia Lalui..” – Adik Pengiran Raabi’atul Minta Henti Spekulasi, Mohon Doa Buat Kakak first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
bLink
Popular Posts