Saya Tidak Tahu Ada Petisyen Bantah Saya Berlakon Dalam Coffee Prince Fattah Amin

by Oh! Semput


6
SHARES
84
VIEWS
Posted on 19 Jul 2017 03:01:07

Baru sahaja pulang daripada menjalani penggambaran di Hutan Belum, Perak, pelakon Fattah Amin memberitahu beliau tidak tahu wujudnya petisyen bantahan agar beliau tidak membawakan watak utama dalam drama Coffee Prince versi Malaysia.

Jelas Fattah, sehingga hari ini beliau sebenarnya masih belum mendapat pengesahan rasmi tentang pembabitan beliau dalam drama tersebut tetapi mengakui pengarahnya Michael Ang ada menawarkan beliau berlakon sebagai hero.

Saya tidak tahu hujung pangkal pun. Tiada liputan telefon di sana dan saya terputus hubungan dengan dunia luar. Sebaik pulang dari Hutan Belum, saya dimaklumkan bahawa pemilihan saya sebagai hero drama versi Bahasa Malaysia arahan Michael Ang mendapat bantahan pengikut setia drama asalnya. Tidak sangka pula selepas membintangi beberapa drama arahan Michael, baru kali ini isu seperti ini berbangkit.

Saya serahkan kepada pihak produser dan pengarah untuk membuat keputusan. Jika mereka merasakan saya layak memegang watak utama dan tidak hirau dengan bantahan serta kritikan peminat drama Coffee Prince, saya seperti biasa akan menggalas tugas yang diberikan sebaik mungkin.

Walaubagaimanapun, sumber yang rapat dengan produksi drama berkenaan mengesahkan Fattah akan berlakon dalam drama itu membawa watak Choi Han-Gyul yang dilakonkan Gong Yoo dalam versi asal Coffee Prince.

Berita : Harian Metro

: Beautifulnara

: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts