TikTok Disaman Oleh Seorang Ibu, "Blackout Challenge" Punca Anak Meninggal Dunia

by Oh! Semput


1
SHARES
7
VIEWS
Posted on 20 May 2022 15:30:24

Seorang ibu dari Pennsylvania bertindak untuk menyaman TikTok dan syarikat induknya, ByteDance, atas tuduhan mengesyorkan "Blackout Challenge" kepada anak perempuannya.

Nylah Anderson, 10 tahun, disahkan meninggal dunia selepas menyertai cabaran yang membahayakan itu.

Tawainna Anderson, ibu kepada mangsa, berkata Nylah melakukan "Blackout Challenge" setelah kandungan tersebut keluar pada laman "For You" atau lebih dikenali sebagai FYP pada bulan Disember.

"Blackout Challenge" ialah satu cabaran untuk mencekik diri sendiri dengan menggunakan barangan di rumah sehingga pengsan.

Setelah sedar, pengguna TikTok biasanya akan berkongsi video tentang seluruh proses dan pengalaman mereka dengan pengguna TikTok yang lain.

Berdasarkan laporan, Tawainna menjumpai anaknya dalam keadaan tidak sedar di biliknya pada 7 Disember lalu segera membawa Nylah ke hospital.

Nylah kemudian disahkan meninggal dunia lima hari selepas kejadian.

Dalam dokumen mahkamah, algoritma TikTok menentukan bahawa cabaran yang membawa padah itu disesuaikan dengan baik dan berkemungkin serasi dengan "kesukaan" Nylah.

Kapsyen: : Camel Clutch Blog

Oleh sebab itu, TikTok dan juga ByteDance dituduh menjadi punca kematian Nylah.

Dalam pada itu juga, dilaporkan cabaran tersebut telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 4 kematian lain namun TikTok tidak memperbetulkan algoritma untuk mengelakkan pengguna dari terdedah lagi dengan cabaran tersebut.

Menurut jurucakap TikTok pula, pengguna TikTok bukannya mula mengetahui tentang "Blackout Challenge" dari aplikasi itu tetapi sebenarnya dari sumber yang lain.

Walau bagaimanapun, analisis forensik mengatakan telefon mudah alih Nylah menunjukkan Nylah menggunakan TikTok untuk melakukan cabaran itu.

: The Washington Post

Baca juga:

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Search
Panduan Borong China
Popular Posts