TikToker Terkenal Popularkan Loghat Pulau Tawar 'Aki Bentayan' Meninggal Dunia Awal Pagi Ini, MB Pahang Turut Ucapkan Takziah

by Oh! Semput


9
SHARES
112
VIEWS
Posted on 21 Feb 2026 10:01:57


KUANTAN: TikToker ‘Aki Bentayan’ yang terkenal memperkenalkan loghat Pulau Tawar di Jerantut, meninggal dunia di Kuantan awal pagi ini.

Mohd Razali Mulud, 66, menghembuskan nafasnya di Hospital Universiti Islam Antarabangsa (UIA) pada jam 3.00 pagi tadi.

Allahyarham dimasukkan ke Hospital Jerantut Isnin lalu selepas diserang angin ahmar sehari sebelumnya.

Selepas dibenarkan pulang, Allahyarham berehat di rumah anaknya di Kuantan yang memaklumkan menerusi akaun tik tok Aki Bentayan mengenai keadaan kesihatan bapanya yang semakin merosot.

Allahyarham terkenal mempopularkan makanan-makanan tradisional Pahang menerusi tik tok menggunakan loghat Pulau Tawar.

Antara lokasi yang kerap menjadi tempat Allahyarham menyiarkan ‘live’ tik tok ialah Warung Bertaki, sebuah kedai makan di Pulau Tawar.


Tahun lepas Allahyarham bermain dam haji dengan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail sambil bercakap dalam loghat Pahang di Warung Bertaki.

Sementara itu Wan Rosdy yang kini menunaikan umrah di Tanah Suci turut merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham.

“Mendapat perkhabaran menyedihkan, Aki Bentayan telah pergi ke rahmatullah pagi tadi.

Salam takziah saya ucapkan buat seluruh ahli keluarga Allahyarham.


Saya masih teringat lagi ketika saya bermain dam aji dengan Allahyarham di Warung Betaki, Kampung Kedondong, Pulau Tawar tahun lepas.

Semoga Allah SWT mengampuni segala dosa dan kesilapan, melapangkan kuburnya, serta menempatkan Allahyarham dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh,” katanya menerusi hantaran di media sosial beliau.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan hari ini di Tanah Perkuburan Islam Pulau Tawar yang turut menempatkan makam pahlawan terkenal, Allahyarham Mat Kilau. #MalaysiaGazette

http://www.pahangdaily.blogspot.com

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts