Tindakan tegas terhadap pihak bertanggungjawab dalam gangguan elektrik di tengah S'pura

by Oh! Semput


2
SHARES
27
VIEWS
Posted on 17 Feb 2019 01:00:47

KONGSI ARTIKEL

SINGAPURA: Pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang didapati bertanggungjawab dalam kejadian bekalan elektrik yang terputus di beberapa kawasan tengah Singapura disebabkan kegagalan peralatan di pencawang elektrik yang menyalurkan bekalan kuasa kepada Hotel Carlton.

Menteri Negara Kanan Perdagangan dan Perusahaan Koh Poh Koon berkata demikian dalam satu catatan Facebook pada Sabtu (16 Feb).

Dr Koh berkata Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) akan juga bekerja rapat dengan syarikat bekalan elektrik SP Group dan pembekal peralatan untuk memastikan sistem bekalan tenaga di Singapura terus kukuh dan diyakini.

Dalam catatan Facebook itu lagi, Dr Koh berkata pihak berkuasa memandang serius gangguan elektrik yang berlaku dan SP Group berserta EMA akan menjalankan siasatan menyeluruh terhadap insiden tersebut.

"EMA meyakinkan saya bahawa ia akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang didapati bertanggungjawab bergantung kepada hasil siasatan tersebut," kata Dr Koh.

Bekalan elektrik di beberapa kawasan bandar termasuk Bugis, City Hall, Marina dan Somerset terganggu pada petang Khamis selama 12 minit.

Kegagalan peralatan di pencawang elektrik juga menyebabkan kebakaran di Hotel Carlton.

Tujuh stesen MRT di laluan Timur Laut - HarbourFront, Outram Park, Chinatown, Clarke Quay, Dhoby Ghaut, Boon Keng dan Potong Pasir juga terjejas meskipun khidmat kereta api berjalan seperti biasa.

Bekalan elektrik dapat dipulihkan di kebanyakan tempat menjelang 1.21 tengah hari tetapi hanya kembali sepenuhnya pada 6.50 petang.

- CNA/SU/tq

KONGSI ARTIKEL

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts