Titip Emoji Cincin Dan Hati, Ramai Tak Keruan Bila Khairul Aming ‘Upload’ Hantaran Ini – “Soft Launch Kekasih Ke Ni..”

by Oh! Semput


9
SHARES
123
VIEWS
Posted on 23 Feb 2026 10:02:44

Usahawan dan personaliti masakan popular, Khairul Aming sekali lagi mencuri perhatian warganet selepas memuat naik hantaran ringkas di platform Threads.

Tanpa kapsyen panjang, Khairul Aming atau lebih dikenali sebagai “KA” memuat naik video trend “When I Got My Number One” disertakan dengan emoji cincin dan hati. Perkongsian itu pantas mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai status dirinya, sama ada sedang memberi bayangan sudah berpunya.

Advertisement

khairulaming ig

Meninjau ruangan komen, rata-rata pengikut bergurau mengatakan KA seolah-olah membuat ‘soft launch’ sebelum pengumuman rasmi dibuat. Ada juga yang mengusik dengan bertanya bila tarikh majlis bakal diumumkan.

Namun di sebalik spekulasi tersebut, KA tetap dengan gayanya tersendiri apabila turut mengingatkan pengikut supaya mencuba semula resepi yang pernah dikongsikannya sebelum ini.

Untuk rekod, Khairul Aming kini kembali dengan siri masakan popularnya, “30 Hari 30 Resepi” yang memasuki tahun kesembilan. Siri tersebut memaparkan idea menu sahur dan berbuka puasa yang ringkas serta praktikal, sekali gus terus menjadi rujukan ramai setiap kali menjelang Ramadan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

caprice rafizi ramli
2026-02-23 11:07:33

"Rafizi Nampak Macam Terdesak, Bulan Puasa Pun Tabur Fitnah" - Caprice

Titip Emoji Cincin Dan Hati, Ramai Tak Keruan Bila Khairul Aming ‘Upload’ Hantaran Ini – “Soft Launch Kekasih Ke Ni..” first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts