Tolong lepaskan saya Pencuri melekat di bumbung

by Oh! Semput


5
SHARES
64
VIEWS
Posted on 07 Jul 2017 08:00:49

1.png

MIRI, SARAWAK – Seorang lelaki yang cuba memecah masuk sebuah rumah penduduk, gagal melarikan diri dek ‘melekat’ di bumbung rumah berkenaan.

Dalam kejadian 27 Jun 2017 lalu di sebuah rumah di Kampung Lutong Baru itu, lelaki terbabit dilaporkan cuba memecah masuk rumah tersebut, namun ketika cuba melarikan diri, suspek tersangkut di bumbung rumah.

“Dengar cerita dari adik tuan rumah itu, rumah abangnya itu dipasang pendinding ayat suci Al-Quran. Hari ini baru kami dapat video hari kejadian,” kata sumber.

Dalam video itu, suspek yang berbaju merah dipercayai warga asing dilihat berbaring di hujung bumbung dan meminta tolong orang ramai melepaskan dirinya.

“Tolong lepaskan saya. Tolong lepaskan saya. Saya sangkut!” katanya.

19894667_1527185470635718_63939230170963

Suspek kemudian diturunkan dari bumbung rumah tersebut dengan bantuan anggota bomba sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

: thereporter

: Siakapkeli

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts