“Tolong saya nak tengok anak saya.” -Ibu terkejut, Rahimi antara mangsa yang cedera

by Oh! Semput


HOME Posted on 15 Mar 2019 21:04:47


Hati ibu mana yang tidak risau apabila mendapat berita bahawa anaknya berada dalam keadaan kesakitan, namun itu yang terpaksa ditanggung ibu kepada rakyat Malaysia Rahimi Ahmad, salah seorang mangsa yang cedera dalam serangan di Masjid Christchuch, New Zealand.

Rokiah Mohammad, 65 mendapat tahu setelah dimaklumkan menantunya Norazila wahid melalui panggilan telefon mengenai musibah yang menimpanya anaknya.

alt

Disebabkan jarak yang jauh, ibu ini hanya berdoa kepada Allah supaya anaknya diselamatkan walaupun di dalam hatinya sudah meronta-ronta mahu melihat dengan mata sendiri keadaan anak kesayangannya itu.

alt

Difahamkan, Rahimi antara dua orang rakya Malaysia yang dipercayai mengalami kecederaan ekoran dari tembakan rambang tersebut.

Menurut makluman daripada isterinya, kini Rahimi sedang mendapatkan rawatan dan status mengenai kecederaan yang dialami mangsa masih diketahui.

alt

Terdahulu, Rahimi bersama anak lelakinya telah pergi ke masjid tersebut bagi menunaikan solat jumaat seperti kebiasaannya, sebelum berlaku serangan tembakan dan syukur anaknya tidak mengalami sebarang kecederaan.

Malah angka kematian juga dijangka meningkat kerana ramai mangsa yang cedera itu berada dalam keadaan kritikal, semoga Allah memanjangkan usia mereka dan segala urusan dipermudahkan.

: Harian Metro

Komen

's

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...