Tomok dan Raja Mukhriz positif inisiatif Cendana dapat bantu merangsang industri kreatif tempatan

by Oh! Semput


3
SHARES
42
VIEWS
Posted on 13 Apr 2021 10:30:54

Tidak dapat dinafikan, semenjak dunia dilanda pandemik COVID-19 ini, ia telah memberi kesan yang mendalam kepada orang ramai, termasuklah para penggiat seni dan golongan selebriti.

Berikutan dengan perkara tersebut, kerajaan telah memutuskan untuk memberi bantuan dalam bentuk inisiatif pemulihan Agenda Pembangunan Ekonomi Budaya Malaysia yang berjumlah RM10 juta.

Pengumuman yang ini telah mendapat perhatian beberapa rakan artis dan rata-rata dari mereka memberikan respon yang positif terhadap perkara ini.

Tomok dan Raja Mukhriz memberi feedback yang positif

Sebagaimana yang sedia maklum, antara yang memberi respon adalah penyanyi, Tomok dan juga Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin.

Tomok mengatakan yang baginya Cendana adalah satu inisiatif yang positif untuk industri kreatif dari segi filem, muzik dan sebagainya. Dia menjelaskan lagi yang semenjak Covid-19 melanda tahun lepas, banyak kerja yang tak dapat diteruskan dan ia bukan sahaja melibatkan artis malahan orang dibelakang tabir juga.

“Ia bukan saja membantu artis dalam menjalani kehidupan tapi turut membantu orang di belakang tabir di samping dapat merancakkan lagi industri kita untuk menghasilkan lagi karya-karya yang lagi bagus.” jelasnya.

Tipu sangat kalau golongan artis tak terkesan

alt

Selain daripada itu, Tomok juga mengatakan yang dia adalah salah seorang golongan artis yang terkesan dengan pandemik yang melanda ini.

“Memang terkesan teruk. Bukan artis jer tapi satu dunia terkesan. Dari segi skop pekerjaan pula, tahun lepas adalah tahun yang menguji semua orang dan juga industri kreatif apabila kita tak boleh nak buat event dan juga aktiviti lain. Memang sangat terkesan.” – Tomok

Tomok menjelaskan lagi yang bila industri sudah mula beroperasi seperti biasa, ianya perkara yang baik buat semua penggiat seni kerana sekurang-kurangnya mereka dapat juga menjana pendapatan, tambahan pula sekarang sudah memasuki bulan Ramadan.

Jelasnya lagi, dengan adanya dana ini dan boleh bekerja, semua perlu bersyukur dan pada masa yang sama harus jaga SOP yang ditetapkan kerana pandemik ini masih belum hilang.

Pesannya, meskipun kerajaan sudah memberi kelonggaran, SOP tetap perlu dipatuhi.

Inisiatif Pemulihan Cendana ini sangat bagus

alt

Bagi pengarah dan penerbit, Raja Mukhriz pula, dia berkata yang Inisiatif Pemulihan Cendana ini adalah salah satu boosting yang sangat-sangat baik kerana ia boleh memangkinkan dan menggerakkan balik industri kreatif.

“Tak kisahlah muzik ke, drama ke atau filem, kehadiran COVID-19 memang memberi kesan terutamanya selepas kerajaan mengumumkan PKP dulu.” – Raja Mukhriz

Selain itu, Raja Mukhriz berkata yang seharusnya inisiatif ini dijadikan benchmark. Kerana ke hari kehadapan tiada siapa yang tahu apa yang bakal terjadi.

Kesan ni sebagai satu rantaian

Mengulas berkenaan kesan daripada COVID-19 ini. Raja Mukhriz mengatakan yang kesan ini adalah sebagai satu rantaian dimana apabila mereka tidak dapat mengeluarkan projek karya atau tv station ke apa, kesannya akan melibatkan para pekerja yang lain.

“Jadi macam saya sebagai penerbit, sekiranya ada job dan shooting bolehlah saya menggajikan banyak pekerja. Jadi apa yang terjadi setahun yang lepas tu, dimana proses ini tak dapat dilakukan dan ianya memberi kesan kepada kreatif industri yang bukan hanya filem sahaja tapi termasuk juga dengan muzik sekali. Tak boleh nak berkarya dan buat job tu.” jelas Raja Mukhriz

3,000 golongan artis bakal menerima CENDANA

Dijangkakan bahawa lebih kurang 3,000 golongan artis dan pekerja budaya alam industri kreatif negara akan menerima Inisiatif Pemulihan Cendana ini.

Inisiatif ini adalah salah satu bantuan kewangan sebanyak RM150 juta di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) bagi membantu industri kreatif yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Semoga bantuan ini dapat memberi sinar harapan buat komuniti seni yang terlibat dan terus menghasilkan karya-karya seni yang hebat buat negara kita.

: IG Tomok & Raja Mukhriz 

's

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts