Trafik Di Ipoh Dijangka 51% Lebih Lancar Dengan Lampu Isyarat AI

by Oh! Semput


3
SHARES
39
VIEWS
Posted on 29 Jun 2022 04:00:23

Sistem lampu isyarat pintar (STARS) dengan teknologi kecerdasan buatan (AI) telah dilaksanakan di Bandaraya Ipoh, pertama di Perak.

Dengan kecerdasan buatan dan kebolehan menganalisis video, ia boleh membantu kelancaran trafik yang optimum.

Empat lokasi yang dilengkapkan STARS adalah persimpangan Jalan Sultan Idris Shah dan Jalan Laksamana; persimpangan Jalan Sultan Idris Shah dan Jalan Datuk Onn Jaafar; persimpangan Jalan Sultan Idris Shah dan Jalan Raja Musa Aziz; dan persimpangan Jalan Sultan Idris Shah dan Jalan Raja Ekram.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Multimedia negeri, Khairul Shahril Mohamed berkata ia akan diperluas lagi ke daerah lain secara berfasa.

Ia direalisasikan menerusi jalinan kerjasama dan Perjanjian Langganan Perkhidmatan antara Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dan Telekom Malaysia Berhad (TM).

Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin berkat STARS akan membantu melancarkan aliran lalu lintas sehingga 51%terutama pada waktu puncak lantas menjimatkan masa dan kos pengguna.

Selain Perak, STARS sudah diimplimentasi di negeri lain termasuk Pulau Pinang, Johor dan Selangor.

Gambar utama: Tech Thirtsy

: Astro Awani

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts