TM Ubah Hala Trafik, Optimum Kapasiti Rangkaian Untuk Tampung Penggunaan

by Oh! Semput


15
SHARES
194
VIEWS
Posted on 20 Sep 2024 14:30:09

Susulan kerosakan kabel dasar laut berhampiran Pulau Lantau, Hong Kong, Telekom Malaysia (TM) memaklumkan bahawa pihaknya telah serta-merta mengubah hala trafik melalui sambungan alternatif dan mengoptimumkan kapasiti rangkaian bagi menampung peningkatan penggunaan.

Mengulas lanjut mengenai kerosakan kabel dasar laut itu, TM menjelaskan bahawa ia merupakan sebahagian daripada rangkaian konsortium yang lebih besar, di mana TM adalah ahli, dan telah memberi kesan kepada ahli konsortium antarabangsa kepada tahap yang berbeza-beza.

#UnifiAlerts

Update on Unifi Service Restoration Following Submarine Cable Fault
20 Sept 2024 ; 6.30pm pic.twitter.com/7PPpn1h9Zz

— Yunni (@unifi) September 20, 2024

Walau bagaimanapun, dengan langkah yang telah diambil, TM berkata pihaknya kini melihat arah aliran adalah stabil dan lebih banyak kapasiti telah disediakan setakat jam 6.00 petang, dengan jangkaan dapat menyelesaikan isu pengalaman perkhidmatan internet yang berkaitan dengan kerosakan kabel itu.

{suggest}

: Unifi

 

TM Ubah Hala Trafik, Optimum Kapasiti Rangkaian Untuk Tampung Penggunaan WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts