Trafik perlahan di lebuh raya utama

by Oh! Semput


HOME Posted on 02 Aug 2020 03:01:14



KUALA LUMPUR, 11 Zulhijjah 1441H, Sabtu – Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama didapati perlahan petang ini, berikutan orang ramai mula pulang ke rumah masing-masing selepas menyambut Aidiladha di kampung halaman.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad ketika dihubungi berkata, setakat 4.30 petang, aliran trafik ke arah selatan negara perlahan di kawasan Seberang Jaya ke Prai, sebelum Plaza Juru arah selatan, Bukit Tambun ke Jawi, sebelum Terowong Menora ke Ipoh, Gopeng ke Tapah dan Sungkai ke Slim River.

Beliau berkata, trafik dilaporkan perlahan bagi perjalanan ke arah utara iaitu Simpang Ampat ke Hentian Pedas Linggi susulan kemalangan di Km217.4.

Bagaimanapun, aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 didapati lancar di kedua-dua arah setakat ini, demikian menurut jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM).

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik. -Bernama

Penafian: Kenyataan berita atau artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mewakili pendirian rasmi Media Isma Sdn Bhd atau Portal Islam dan Melayu Ismaweb.net.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


loading...