by Oh! Semput
BIAR apapun yang diperkatakan orang ramai mengenai remaja berusia 18 tahun yang maut ketika cuba melindungi rakannya dalam serangan di luar sebuah pusat hiburan di sini pada khamis, di kalangan keluarga dan rakan terdekatnya menganggap Yaccob Nasran adalah seorang hero.
“Anda seorang hero, sentiasa mementingkan orang lain lebih dari segalanya,” memetik satu posting di laman facebook milik Kakak Yaccob, Nadiah Nasran yang bergegas balik ke tanahair dari London selepas mendapat perkhabaran itu.
“Ketika kejadian, Yaacob dan Nabiel bersama enam lagi rakan mereka baru saja keluar dari sebuah pusat hiburan sebelum terserempak dengan seorang lelaki dan menegur tindakannya memukul seorang wanita di hadapan pusat hiburan berkenaan.
“Salah seorang rakan wanita mereka mahu meleraikan pergaduhan itu tetapi lelaki terbabit cuba memukulnya. Yacoob cuba melindungi rakannya tetapi dia terkena tetakan di bahagian leher dan dahi.
Difahamkan Yacoob, adalah pelajar di sebuah kolej di Kuala Lumpur sementara abangnya, Nabiel, 19, yang melanjutkan pengajian di Singapura pulang ke Sabah untuk bercuti dan mengambil peluang keluar untuk bertemu rakan-rakan mereka.
Seorang rakan sekolah Yacoob di SMK La Salle di sini berkata Yacoob seorang yang peramah dan sentiasa ceria.
Yacoob, katanya tidak teragak-agak untuk membantu rakan-rakan yang ditimpa kesusahan.
“Dia akan sentiasa melindungi rakan-rakannya,” kata Keith Lee.
Memetik tulisan lain yang ditulis oleh Mariah Doksil, salah seorang wartawan di ‘The Borneo Post’ pada khamis petang di facebook miliknya iaitu.
Berikut adalah tulisan beliau yang merupakan pendapat peribadinya melihat tragedi Asia City dari perspektif seorang kakak yang sudah dikongsi sebanyak 56 kali :
Tragedi Asia City, salute to the fallen hero!
Saya melihat tragedi yang berlaku dari perspektif seorang kakak.Jangan kamu cakap “siapa suruh keluar malam, nah padan muka”. Jangan bilang “siapa suruh menyibuk hal orang, sendiri cari bala”. Masa kamu mula-mula keluar malam sama abang dan kazen-kazen di KK, kamu memang mau minta tatak ka?
Saya rasa tindakannya melindungi wanita itu dari keganasan rumah tangga (diserang oleh bekas suami) adalah TINDAKAN YANG BETUL. Again, this is my personal opinion as a sister, a woman.
Kita perlu keluar mentaliti “jangan menyibuk hal rumahtangga orang” terutamanya jika berlaku keganasan terhadap wanita (dan kanak-kanak).
Macamana kita boleh cakap orang yang membantu itu SALAH sedangkan tindakan ‘saitan’ yang dilakukan oleh si pemegang parang adalah kesalahan yang nyata?
Cemburu dan ego bukan alasan untuk sampai tangan pada wanita. Kita semua bertanggungjawab untuk menghentikan perkara begini berlaku kembali.
RIP, young man. Condolences to the family members and close friends.