Trump putus hubungan dengan WHO kerana percaya ia dipengaruhi China soal COVID-19

by Oh! Semput


HOME Posted on 30 May 2020 18:02:10



KONGSI ARTIKEL

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump sekali lagi membidas China berhubung cara ia menangani penularan virus COVID-19.

Presiden Trump menuduh Beijing tidak berterus-terang pada peringkat awal, lantas menyebabkan penularan virus korona itu ke seluruh dunia, termasuk meragut nyawa lebih 100,000 rakyat Amerika.

China turut dituduhnya sebagai mempengaruhi sepenuhnya Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Dengan itu Presiden Trump dengan rasminya "menamatkan" hubungan dengan badan dunia itu. Dana yang sebelum ini diperuntukkan buat WHO juga beliau alihkan kepada keperluan kesihatan awam yang lebih mendesak di merata dunia.

Amerika Syarikat adalah penyumbang dana terbesar kepada WHO - menyalurkan sekurang-kurangnya AS$400 juta (S$565 juta) kepada badan dunia itu tahun lalu. 

- AFP/MM/aq

Tagged Topics

KONGSI ARTIKEL

SUMBER ASAL


Leave a Comment:

Related News


loading...