by Oh! Semput

WASHINGTON: Presiden dipilih Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, menggesa negaranya menolak satu resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), yang didraf Mesir menuntut Israel segera menghentikan aktiviti membina penempatan di jajahan Palestin dan timur Baitulmaqdis.
“Resolusi yang sedang dipertimbangkan di Majlis Keselamatan PBB berkaitan Israel perlu ditolak.
“Seperti mana yang dikekalkan AS, perdamaian Israel dan Palestin hanya boleh berlaku menerusi rundingan langsung antara kedua-dua pihak dan bukan menerusi pelaksanaan syarat oleh PBB,” katanya. – AFP
Category: Dunia