Trump Akan Umumkan Tarif Baharu Semikonduktor Seawal Minggu Ini

by Oh! Semput


6
SHARES
75
VIEWS
Posted on 14 Apr 2025 04:00:12

Presiden Amerika Syarikat Donald Trump pada Ahad berkata bahawa beliau akan mengumumkan tarif baharu ke atas semikonduktor dalam minggu ini.

Langkah itu merupakan sebahagian daripada strategi pentadbiran Trump untuk mengenakan tarif yang ketat bagi menangani isu perdagangan AS.

“Tarif tersebut akan dikuatkuasakan dalam masa terdekat,” katanya, merujuk kepada tarif khusus sektor semikonduktor yang akan menyusul selepas langkah serupa terhadap keluli, aluminium dan automobil. Apabila ditanya mengenai kadar tarif untuk semikonduktor, beliau menjawab: “Saya akan mengumumkannya dalam minggu hadapan (minggu ini)”.

Walaupun sebelum ini beberapa produk elektronik seperti komputer dan telefon pintar dikecualikan daripada tarif, Setiausaha Perdagangan Amerika Syarikat, Howard Lutnick, menyatakan bahawa pengecualian ini bersifat sementara dan produk-produk tersebut mungkin akan dikenakan tarif berasingan dalam masa terdekat.

{suggest}

: AFP

Trump Akan Umumkan Tarif Baharu Semikonduktor Seawal Minggu Ini WISER.MY.

SUMBER ASAL

Leave a Comment:

Related News


Related Posts
Hanya RM1 je
Popular Posts